02 November 2015

Kasut Puma New Designs !

Salam and Hi.

Sebagai seorang mahasiswi, aku sangat menyukai kasut sukan. Kenapa aku suka sangat kasut sukan? Firstly, sebab kasut sukan sangatlah selesa and comfy! kalau nak dibandingkan dengan kasut tinggi/flats/slippers memang kasut sukan lah yang paling selesa! Macam yang korang tau, jadual kuliah bagi pelajar university adalah tidak tetap seperti waktu kita di sekolah dahulu. Kekadang ada kelas pagi sampai malam. Ada juga kelas pada waktu pagi, kemudian jarak lamaaaa sangat pastu sambung kelas petang pun ada. Bayangkanlah korang nak kena pakai kasut selama 10 jam sehari! Oleh itu, keselesaan sangatlah penting dalam menentukan jenis kasut yang akan dipakai. Kalau tak, mula lah nak sakit kaki dan sebagainya.

Siapa kata pakai kasut sukan tak trendy/ tak sesuai. Cuba tengok balik masa sekolah dulu korang pakai kasut apa. Comel je kan? Hahaha.

Baru-baru ni, aku ada terdengar tentang  Puma Malaysia yang telah menjalankan suatu inovasi terhadap koleksi kasut mereka Puma shoes apabila mereka mengeluarkan rekaan terbaru yang lebih trendy, moden dan segar. Tambahan pula, Jenama sukan popular ini telah membuat kolaborasi bersama Solange Knowles, iaitu pencipta lagu dan juga merupakan adik kepada Beyonce’.

 

Seperti yang kita semua tahu, Puma telah memasarkan jenama mereka ke lebih 120 buah negara termasuklah Malaysia. Puma sentiasa berusaha untuk bersaing secara sihat dengan jenama-jenama kasut yang lain untuk kekal menjadi jenama kasut sukan yang paling digemari di dunia. Dengan pengalaman selama lebih 80 tahun, Puma berusaha untuk meningkatkan kualiti serta menawarkan harga yang berpatutan bagi kasut keluaran mereka.

 

Dua aspek penting yang perlu dititikberatkan dalam penghasilan kasut ialah aspek keselamatan dan perlindungan. Jika anda mempunyai sepasang kasut Puma, aku yakin bahawa korang akan sedar bahawa tiada jenama kasut lain yang dapat menandingi kelebihan kasut puma yang selesa dan yang paling penting ialah ianya tahan lama. Kasut Puma bukan sahaja boleh digayakan bersama pakaian sukan, namun kasut Puma juga boleh digayakan bersama seluar jeans, skirt dan juga baju kurung !




Lihat gambar di atas untuk koleksi kasut Puma.


11 comments:

  1. Striking betul warnanya, hahaha setakat ni hanya setia pada sneakers converse ;)

    ReplyDelete
  2. wow lawanya pattern diaa! saya pun suka pkai kasut sukan klu pegi kelas. rasa ringan je kaki. tapak pun tebal :D

    ReplyDelete
  3. nice one. kaler dia memang menarik and attracting peoples to look at it. hahahha. :D but harga menangis je tengok. T^T kakakaka

    ReplyDelete
  4. cer tengok @fuzxyc kat instagram. hehe promote instashop sendiri jap xD

    ReplyDelete
  5. malangnya my uni tak kasi pakai kasut macam ni gi kelas T_T seharian pakai kasut tutup penuh ladies punya tu sampai longgar huhuuu

    ReplyDelete
  6. hmmmmmmm mana la nk korek duit ni hmmmm hahahah #tetiba

    ReplyDelete
  7. omg i want one....!!! cha pun kalau boleh nak tidur dengan kasut sukan keke okay hambar. tapi memang comfy pun sebab kalau tertinggal bus, boleh marathon ke kelas

    ReplyDelete
  8. perghh perghhh design & warna dia meletopp!!!!! sangat menarik!!! sesuai la untuk orang yang suka something yg stand out kan? hehe

    ReplyDelete

hello.