12 August 2015

the perks of being me // upu

Salam all,

Semalam result UPU keluar, berdebar dia lain macam weh. huhuhuuu~~ So korang semua macam mana? dapat tawaran sambung belajar kat mana pulak kali ni? congratulations lah untuk korang. Yang tak dapat mana-mana tawaran pun, takmo sedih-sedih okay. Kita masih boleh buat rayuan. InshaaAllah ada rezeki nanti.

Alhamdulillah, aku dapat ah jugak tawaran kat UPM, course Sains Pengajian Makanan. entahlahnak. Nak kata happy tu takde lah kot. Sebab ni pilihan yang entah ke berapa belas agaknya. Sekarang ni aku redha jelah.Deep inside, aku tak rasa nak pergi UPM pun. cries hard .

By the way, aku ada jugak apply UM. idk why am I not accepted. padahal course yang aku mintak tu kena pointer 3.00 je kot. Sekarang ni kira tengah buat rayuan lah. Mana tau kot2 diterima >.<

Kekadang nak gelak jugak bila ada orang lain dapat sampai 3 tawaran, and ada yang tak dapat langsung padahal pointer depa okay je. maybe sebab depa tarik semua yang empat rata, yang lain ni leftover takyah cerita lah. oh. gua bukan nak salahkan sesiapa.

Sekarang gua tengah tunggu offer nak pi India. Doakanlah gua.

kalau tak dapat,

gua taknak sambung belajarlah.

ciao

p/s: bahasa campur-campur sebab gua serabut.

17 comments:

  1. Sabaq2. Buat satu2 naaa. Nak pergi india awat jauhh sangatt.

    ReplyDelete
  2. Wahh tahniahh.. semoga ad rezeki p India :)

    ReplyDelete
  3. Hehhe, kalau tak dapat, mintak tempat belajar lain plak..xD

    ReplyDelete
  4. Hazy, I'm wishing u all the best!
    Tak kisahlah tawaran apa pun yang hazy dapat nanti okay, just do your best! Allah knows what's the best thing for His servant, just pray :)

    ReplyDelete
  5. tahniah hazy. kenapa tak nak pergi upm tu?
    apa pun keputusan yang hazy buat kena yakin pada diri sendiri okey :)

    ReplyDelete
  6. Apa-apa pun, tahniah. Kalau dapat India, untuk course apa ya?

    ReplyDelete
  7. semoga berjaya dalam apa jua yg diceburi :) perjalanan masih jauh InshaALLAH walau hakikatnya kita tak tahu :)

    ReplyDelete
  8. hazy bt degree ke diploma ye ? btw, apa2 pun cograts untuk awak dear !! semoga berjaya dear . muah ciked . hehe

    ReplyDelete
  9. Sembelit ketika hamil? Seksanya, ikuti langkah-langkah pencegahan di sini : SEMBELIT KETIKA HAMIL

    ReplyDelete
  10. Tahniah, buat pilihan yang terbaik dan banyakkan doa k :D

    ReplyDelete
  11. Tahniah! Dulu i ex UM. First choice course engineering. Nak dapat first choice pilih lah course yang orang tak suka sangat. Wakaka. Sebab sepatutnya engineering elok amek kat UM. Dah kenapa pilih UM. For sure dapat kan. Gitu la tips sedikit pagi ni. All the best.

    Jana Pendapatan Dari Rumah 2 ke 3k sebulan: INCOME 2-3K SEBULAN

    ReplyDelete
  12. Tahniah sebab berjaya dapat tawaran sambung belajar. Apa-apa pun banyakkan berdoa, semoga pilihan yang dibuat tu adalah keputusan yang terbaik :)

    ReplyDelete
  13. tahniah hazy <3

    kawan ecah pun ada yang dapat course tu jugak kat upm,since she foundation kat sana dulu. wherever you go, i pray all the best dear!

    ReplyDelete

hello.