28 August 2015

Siapa nak edit ni weh?

Salam all,

Siapa kat sini teringin nak edit/create header,gambar and etc tapitakde photoshop angkat tangan? . Haaaaaa.

Dulu masa zaman lower form, i was soooo obsessed dengan photoshop. Iyelah, budak-budak kan banyak masa lapang, kantoitakrajinstudy Masa tu pun zaman baru nak ada internet kat rumah. linemacamsiput . Tapi aku ni kira gigih la jugak orangnya. Download photoshop CS4 free dari blog manantah plus selalu jugak tengok tutorial nak guna photoshop tu.

Masa form 4 and 5 kan iolls dok asrama so paham-paham jelah, celah mana aku nak cari computer ntah. Lepas SPM aku teruih lupa cara nak guna photoshop ni ha.

Few months back, aku google lagi sebab nak download photoshop since sekarang dah pakai laptop sendiri. tapi takjumpaaaa *cries*

So i basically gave up. (nak beli yang ori tapi sayang duit) hahaha.

Sekarang ni iolls guna 'online editor' yang memang dah ada kat internet so takyah kelamkabuts nak downlod etc. Apps yang iolls nak senaraikan japgi memang sesuai sangat untuk beginner macam iolls.

so checkiout

1. PIXLR EDITOR



Apps ni memang aku selalu guna kalau nak create something simple. contoh, header aku tu ha. nampak tak betapa simple header aku tu. wehsiapanaksponsorakuheaderakuterimaje   Btw, apps ni lebih kurang je macam photoshop tu ha lagi ni version yang basic je.

2. BLOGGIF


Apps yang ni guna bahasa indonesia. Takdelah susah sangat nak faham pun sebab bahasa indonesia lebih kurang je dengan melayu kan. Apps ni advance sikit sebab korang boleh buat gif(gambar gerak2) , tulisan kelip-kelip dan banyak lagiiii  !!

hasil kerja aku . 5 minit dah siap so apa tunggu lagi !


p/s : siapa tau katmana nak download photoshop bagi tau aku please.

Sorilah gua memang tak selalu update pun.

ciao

More inspiring quotes here More inspiring quotes here More inspiring quotes here
More inspiring quotes here More inspiring quotes here More inspiring quotes hereMore inspiring quotes here More inspiring quotes here More inspiring quotes hereMore inspiring quotes here More inspiring quotes here More inspiring quotes here


Quotes from : http://extramadness.com/

20 August 2015

apalah nasib makcik karipap



Salam all,

So yeah harini dah 20th August kan ya all. So far aku tak decide lagi sama ada nak masuk UPM or just let the offer slip je. Chill je coz i still got two days left. hikhok. nampak tak gaya last minit

New topic please lah kan sebab dah bosan cakap pasal upu.

Have anyone here ever tried to make currypuffs? *acah omputeh ciked*. Masa mula-mula nak buat karipap tu memanglah heksaited katekoo, yelah, sebab sebelum ni tengok makcik karipap kat gerai tu peh. laju gila dia buat karipap so i be like

 " hek eleh senang je nak buat karipap". 

Tapi

Aku rasa macam kena tipu dengan makcik-makcik karipap sekalian.

Sebab masa nak buat doh tu pun dah penat. Dia punya lama kena uli doh tu weh. Aku rasa tangan ni dah timbul otot ketak-ketak. Peluh takyah cakap ah memang sah-sah meleleh masuk dalam karipap sekali agaknya. I tell you what gaiss. tu baru nak uli doh. tak masuk lagi bab nak lipat tepi karipap >.<

Aku punya karipap yang pertama be like " ni karipap ke apa ni takde rupa pun". Tapi biasa ah. Gua peduli apa asal boleh dimakan. walaupun kena gelak. Aku rasa dalam banyak-banyak ketul karipap tu, aku punya ada lah dalam sepuluh ketul. kehkeh . Nampak tak dia punya lambat tuh cemana.

Finalleyh, sampai lah part nak menggoreng karipap tersebut. Suap sikit dalam mulut " karipap keras" . Hahaha. Since bukan aku yang buat adunan doh, takdelah aku serba salah sangat >.< So far boleh je dimakan. Keep calm and continue eating

Sekarang ni aku rasa nak menghargai semua jenis makcik yang pandai buat karipap sebab tanpa mereka, tak dapatlah aku makan karipap. sebab gua suka karipap.   Haaaa, tak masuk lagi hantu karipap yang selalu ketuk tingkap korang masa pukul 3 pagi tu.

Conclusion : Kepada bakal mak mertua kat luar sana, saya memang tak reti buat karipap.



ciao

12 August 2015

the perks of being me // upu

Salam all,

Semalam result UPU keluar, berdebar dia lain macam weh. huhuhuuu~~ So korang semua macam mana? dapat tawaran sambung belajar kat mana pulak kali ni? congratulations lah untuk korang. Yang tak dapat mana-mana tawaran pun, takmo sedih-sedih okay. Kita masih boleh buat rayuan. InshaaAllah ada rezeki nanti.

Alhamdulillah, aku dapat ah jugak tawaran kat UPM, course Sains Pengajian Makanan. entahlahnak. Nak kata happy tu takde lah kot. Sebab ni pilihan yang entah ke berapa belas agaknya. Sekarang ni aku redha jelah.Deep inside, aku tak rasa nak pergi UPM pun. cries hard .

By the way, aku ada jugak apply UM. idk why am I not accepted. padahal course yang aku mintak tu kena pointer 3.00 je kot. Sekarang ni kira tengah buat rayuan lah. Mana tau kot2 diterima >.<

Kekadang nak gelak jugak bila ada orang lain dapat sampai 3 tawaran, and ada yang tak dapat langsung padahal pointer depa okay je. maybe sebab depa tarik semua yang empat rata, yang lain ni leftover takyah cerita lah. oh. gua bukan nak salahkan sesiapa.

Sekarang gua tengah tunggu offer nak pi India. Doakanlah gua.

kalau tak dapat,

gua taknak sambung belajarlah.

ciao

p/s: bahasa campur-campur sebab gua serabut.

01 August 2015

Sushi weh sushi

Salam all,

Diam tak diam, dah dua minggu kita beraya. Bagaimana dengan berat badan korang semua? masih ideal? eh. skema pulak kita.

Tutup cerita pasal berat badan. Pacita raya korang semua? Dah ziarah ke rumah pakcik, makcik, kakak, abang, sedara, sepupu sepapat, member ,cecikgu  bakal mak mertua .  eh . Yang belum ziarah tu, jangan risau okay gais. raya masih berbaki dua minggu >.< manalah tau kot-kot masa tengah beraya tu ada jodoh datang depan mata.

So far so good sebab aku dah beraya hampir ke semua rumah makcik pakcik aku. Esok pun jadual padat dengan ' openhouse' sesi melantak  . Bab-bab makan free ni memang aku suka.

Sepanjang-panjang minggu ni, aku sempatlah jugak beraya kat Setia City Mall, Jusco dan GM Klang. almaklumlah poket tengah penuh dengan duit raya. Tang-tang tu jugaklah duit raya aku habis. huhuhu bak kata akak aku, duit memang untuk diguna

Sempatlah jugak aku melantak Domino's , Kenny Rogers , Sushi King dengan Marrybrown. gua boikot mekdi .

 Domino's macam biasa ah. makan pizza gittew. Kenny rogers ni second time aku makan. almaklumlah, tukang tanam anggur macam aku ni pokai mana ada duit. Tapi seriously memang sedap lah makanan kat Kenny Rogers gua makan pun sebab akak guwa belanje  . Lagi-lagi kalau makan free.

Next, aku dengan akak aku pi makan kat Sushi King. Ni memang first time aku makan kat situ sebab aku memang tak berapa nak boleh telan sushi. Cik akak kita nak belanja (again) , so why not lah aku try kan. Kesimpulan yang aku dapat buat, tolong jangan bawa aku pergi makan sushi lagi lepas ni. hahaha

Okaylah, cerita semakin boring.

Tapi nak cakap jugak yang result upu will be out on 11th August ni. Do pray for me yea gaiss .

boleh tengok gegambo gua kat insta: nurhaziqahhazy

ciao, xoxo