01 July 2015

Review : Skytrex Adventure

salam all,

Korang pernah dengar pasal sky trex tak? okeh. kalau tak pernah, meh aku bagitau. Skytrex ni sebenarnya outdoor activity yang macam jungle trekking. Apa yang membezakan sky trex dengan jungle trekking ni ialah, korang akan jalan bukan atas tanah. Kiranya korang akan berjalan dari pokok ke pokok dan dihubungkan melalui jalan-jalan kat atas pokok. Jalan-jalan atas pokok tu macam gambar kat bawah ni, dan juga termasuk flying fox. haha.

gambar sis amik dari google

gambar google 

untuk maklumat lebih lanjut, boleh tengok kat website ni : SKYTREX ADVENTURE

Aku pergi sini masa trip kelas asasi tahun lepas. Pergi dengan kawan-kawan memang syiok ah.

ada tiga jenis circuit yang korang boleh pilih iaitu little adventure, big thrill dan extreme challenge.

little adventure ( RM 35 )
sesuai untuk kanak-kanak dan mereka yang takut ketinggian. sebab tinggi obstacle ni hanyalah 5 meter.

Big thrill ( RM 45 )
ketinggian untuk obstacle ni pulak ialah 17 meter. Yang ni memang aku recommend kat korang sebab best sangat !! Masa aku pergi haritu, aku amik obstacle yang ni.

extreme challenge ( RM 55 )
sesuai untuk orang yang physically fit. ni serious weh, sebab kang takut korang tak boleh habiskan course, membazir je nanti. huhuu

Keselamatan, korang tak payah risau sebab memang akan ada instructor yang jaga. And sebelum mula obstacle, akan ada taklimat dan dia akan ajar untuk guna segala jenis peralatan. Apa yang menarik, korang akan lalu semua obstacle tu sendiri dan main flying fox sendiri !!

Dinasihatkan korang call dulu tempat dan tempah tiket. Sebab takut kalau ramai orang, nanti tak dapat habiskan obstacle. So apa lagi, kalau berminat boleh cuba ye!

SKYTREX SDN BHD
Management & Administration Office
C33-2-7 Block C Jaya One
No. 72A Jalan Universiti
46200 Petaling Jaya
Selangor Darul EhsanTel: +601 3276 9841
Fax: +603 7960 8290
(Please call only from 9am – 6pm)
Email: skytrex@skytrex-adventure.com


10 comments:

  1. menariknya, saya memang teringin nak g skytrex ni cuma tak tahu cara selama ini. Info yg menarik sis =)

    ReplyDelete
  2. Huiyoo, mcm best je. tapi gayat lah pulak.huhuhu

    ReplyDelete
  3. Ya Allah bestnya, dah lama tak join aktvt camni. zaman study dulu je rajin join mcm2 adventure aktvt

    ReplyDelete
  4. dulu rajin buat aktiviti macam ni.. tapi masa tu fit skrg dah gemukk lama dah tinggal. tapi serious seronok kot aktiviti macam ni. tengah slimkan badan.. huu thanks for ther review :D

    ReplyDelete
  5. waaaaaa bestnya! macam teringin tapi takut muntah sebab mabuk tinggi :P

    ReplyDelete
  6. Perghhh boleh cuba ni. Buat hadia honeymoon nanti. Ahaks XD lulz.. hhaha

    ReplyDelete
  7. wah bestnyaaa. tapi gayat sikit. hahahhaa. :D

    ReplyDelete
  8. saya tak opernah lagi try Skytrex, tp insyaAllah mmg nk g ..hehe ,Yg sy pernah main game dekat Escape Penang sebijik macam ni tp lagi banyak game and unlimited hours :)Try lah

    ReplyDelete

hello.