24 July 2015

Happy Eid evelibadi

Salam all

I hope its not too late for me to wish Happy Eid Fitri to all Muslim !! yeah finally beraya jugak kita ye.

Mainly reason aku lambat hapdet blog ni sebab sibuk malas beraya. hahaha. So amacam raya korang semua? best tak?

Apa cerita duit raya? masih banyak macam kecik-kecik dulu ke? kehkeh. Setakat ni Alhamdulillah, aku masih dapat duit raya macam tahun tahun yang lepas. awet muda kot

Nak cerita pasal raya, tahun ni aku raya kat Selangor jelah since atok kat johor dah takde. Entalahnak, nak kata best pun tak jugak. Sebab raya kali ni rasa macam asyik duduk depan TV je. Nak borak pun takde geng.

Ingat lagi masa kecik-kecik dulu, bila raya kat Johor aku lah taiko main mercun. Lagi-lagi bila ada ramai sepupu sepapat sekepala . Dah besar ni dengar bunyi mercun pun taknak kateko.

Rinduuuu sangat masa kumpul ramai-ramai kat johor, pastu siap main masak-masak kat belakang rumah.

Hari Raya ketiga dapatlah jugak travel pergi johor untuk raya rumah sedara mara kat sana. Duit raya bertambah

Soalan paling cliche aku dapat " sekarang belajar kat mana". "lepas ni sambung course apa" .
Jenuh la jugak nak explain yang aku ni tengah tanam anggur tunggu result UPU bulan 8 nanti.
nasib baik depa tak tanya " nak kahwin bila".

Lupa pulak nak cerita yang tema raya aku tahun ni warna HIJAU. go green bebeh.

Dua hari lepas konvoi dengan member kat palam beraya ramai-ramai. Masing-masing dah boleh bawak kereta weh. Teringat dulu nak pergi beraya, kena orang hantarkan. Baru sedar yang diri sendiri dah tua =(

gambar raya boleh tengok kat insta : nurhaziqahhazy

So korang, SHRMZB

ciao, xoxo.



06 July 2015

Review : Nasi Arab AROMA HIJRAH

salam all,

kat sini ada tak peminat nasi arab? kalau ada, lets check it out.

gambar google

Aku nak suggest Nasi Arab di RESTORAN AROMA HIJRAH. Mesti ramai antara korang yang nak cari tempat untuk celebrate apa-apa event dengan kawan-kawan kan? Bagi aku, Restoran Aroma Hijrah ni memanglah sangat purrrfect. nak tau kenapa?

Firstly, sebab Restoran Aroma Hijrah ni sangatlah selesa! Restoran Aroma Hijrah ni ada banyak sangat tempat duduk. in case korang takut dah sampai, takde seat pulak kan. dan apa yang best, kat sini korang boleh pilih sama ada nak duduk kat kerusi meja makan ataupun duduk besila. kalau korang tengok kat gambar bawah ni, tempat yang duduk bersila tu sangatlah best sebab korang boleh tutup langsir tu. untuk lebih privasi bersama kawan-kawan.

gambar google

Secondly, Restoran ni ada kemudahan surau dan tandas yang selesa. mana lah tau kot-kot korang nak lepak berjam-jam, so tak payah susah-susah. kat sini dah ada surauuu !!

cakap pasal makanan, of courselah diorang hidangkan nasi arab. ye dok? ada banyak pilihan nasi arab dan lauk yang boleh korang order. boleh pilih sorang sepinggan atau ikut dulang. bagi aku, harga dia sangatlah affordable especially untuk students.



layanan pun sangatlah baik. kat situ ada banyak pekerja and diorang sangatlah baik hati untuk terangkan pasal makanan kalau korang tanya, heheeee


FYI, korang boleh buat reservation sebelum datang ya.




Restoran Aroma Hijrah
No 8, Jalan Opera U2/H,
TTDI Jaya,
40150 Shah Alam, Malaysia
No. Tel : 03-78321524 / 012-6544838 / 012-6644639
Email : restaromahijrah@unifi.my

Operation Hours:

Isnin – Khamis: 11:00 am – 10:30 pm
Jumaat – Ahad: 11:00 am – 11:00 pm

ciao, xoxo

Raya Giveaway By Erza


CLICK BANNER TO JOIN


1. Wajib follow blog ERZA dan google+ follower


2. Wajib like fanpage Zaf's Outlet 

3. Buat satu entri bertajuk "Raya Giveaway by Erza"


4. Tinggalkan URL entri korang di SINI

5. Siap dan good luck friends!!!




5 langkah mudah sahaja !!!


Hadiah - hadiah yang bakal dimenangi:-
1 x dress raya
2 x RM10 duit raya
10 x voucher Magic Art Museum 3D

Jom Laaaa Join...ajak kengkawan ramai2!!!

Dayana and DurratunKhayla Surprise Giveaway

salam all,


Winner will be chosen via random.org and the closing date is on 10th July 2015 - supaya harap-harap sempat post untuk pakai raya.

GA Kawaidesu Concept Raya 2015 Bernilai RM395

salam all,



Hadiah Hadiah
Hadiah Utama(1 pemenang)Duit Raya rm50 + 1 Supra Pro Foundation + 1 Eyeliner/eyebrow concealer pencil + 2 Shiseido Peel Off mask 
Hadiah Kedua(6 pemenang) 1 Supra Pro Foundation + 1 Eyeliner/eyebrow concealer pencil + 2 Shiseido Peel Off mask 
Hadiah Ketiga(4 pemenang)1 Eyeliner/eyebrow concealer pencil + 2 Shiseido Peel Off mask 
Hadiah Keempat(3 pemenang) 1 Shiseido Peel Off mask 
Hadiah SaguhatiKesemua Penyertaan akan dilistkan di Blog List
Tarikh Tutup pada 7/7/2015 (12.00 tengah hari)

04 July 2015

awkwardness

Salam all,

Frankly speaking, aku bukanlah seorang yang ramah and mudah untuk dapat kawan. Entahlahnak. low self esteem kot. eceh. Tak ah, sebenarnya aku memang jenis yang tak reti nak approach orang. But you know what, since aku masuk samura, aku dah jadi better kot. Aku cuba untuk cari kawan and eventho aku ni takla peramah, ada jugak orang yang nak kawan dengan aku. ahaks

Dah selalu sangat kalau jumpa kawan mama, they'll be like. "Haziqah tu baik je budaknye kan.. senyap je."

dan.
puaslah aku kena gelak dengan mama kaklong semorang.

Sebenarnya aku senyap kalau dengan orang yang aku tak kenal je weh. Dengan orang yang aku kenal, sumpah that i was like a totally different person. lol, aku senyap kat orang yang aku tak kenal basically sebab aku berat mulut takde benda nak diborakkan kot. kehkeh. oh. ataupun sebab orang tu pun perangai macam aku. takde benda yang nak diborakkan.

Tapi aku okay je kalau nak kawan dengan orang. Sebab orang kata, berkawan biar seribu, berkasih biar satu. eh takde kena mengena

Apa-apa pun, aku like seriously bersyukur sangat sebab ada ramai kawan gila baik. ihiks. seriously gaisss, kalau orang suruh pilih kawan mana yang aku paling sayang, aku betul-betul tak boleh pilih. sebab bagi aku, semua kawan aku sayang. Dorang ni semua perangai lain-lain. dan yang lain tu jugaklah yang aku rindu.

ciao, xoxo.


01 July 2015

Review : Skytrex Adventure

salam all,

Korang pernah dengar pasal sky trex tak? okeh. kalau tak pernah, meh aku bagitau. Skytrex ni sebenarnya outdoor activity yang macam jungle trekking. Apa yang membezakan sky trex dengan jungle trekking ni ialah, korang akan jalan bukan atas tanah. Kiranya korang akan berjalan dari pokok ke pokok dan dihubungkan melalui jalan-jalan kat atas pokok. Jalan-jalan atas pokok tu macam gambar kat bawah ni, dan juga termasuk flying fox. haha.

gambar sis amik dari google

gambar google 

untuk maklumat lebih lanjut, boleh tengok kat website ni : SKYTREX ADVENTURE

Aku pergi sini masa trip kelas asasi tahun lepas. Pergi dengan kawan-kawan memang syiok ah.

ada tiga jenis circuit yang korang boleh pilih iaitu little adventure, big thrill dan extreme challenge.

little adventure ( RM 35 )
sesuai untuk kanak-kanak dan mereka yang takut ketinggian. sebab tinggi obstacle ni hanyalah 5 meter.

Big thrill ( RM 45 )
ketinggian untuk obstacle ni pulak ialah 17 meter. Yang ni memang aku recommend kat korang sebab best sangat !! Masa aku pergi haritu, aku amik obstacle yang ni.

extreme challenge ( RM 55 )
sesuai untuk orang yang physically fit. ni serious weh, sebab kang takut korang tak boleh habiskan course, membazir je nanti. huhuu

Keselamatan, korang tak payah risau sebab memang akan ada instructor yang jaga. And sebelum mula obstacle, akan ada taklimat dan dia akan ajar untuk guna segala jenis peralatan. Apa yang menarik, korang akan lalu semua obstacle tu sendiri dan main flying fox sendiri !!

Dinasihatkan korang call dulu tempat dan tempah tiket. Sebab takut kalau ramai orang, nanti tak dapat habiskan obstacle. So apa lagi, kalau berminat boleh cuba ye!

SKYTREX SDN BHD
Management & Administration Office
C33-2-7 Block C Jaya One
No. 72A Jalan Universiti
46200 Petaling Jaya
Selangor Darul EhsanTel: +601 3276 9841
Fax: +603 7960 8290
(Please call only from 9am – 6pm)
Email: skytrex@skytrex-adventure.com


yeyeyeye

Salam all,

Alhamdulillah, dah  lebih 2 minggu berpuasa! setakat ni puasa gua penuh lagi. Harap sangat takyah ganti nanti. kehkeh

*pong pang kebabom* bunyi mercun start first day puasa haritu. Adik-adik semua meh hakak pesan. main mercun tu berpada-pada yea. Jangan sampai takde tangan masa raya nanti. (pesanan ikhlas dari bekas pemain mercun yang dah bersara)

Setakat ni dah macam-macam jenis kuih gua dah rasa. Dari tepung pelita sampailah ke kuih melaka. ehek. target nak selim masa puasa ni pun kelaut. Sebab masa puasa ni jugaklah macam-macam jenis makanan yang kau tak pernah nampak, ada depan mata. tangan ni pun gatal nak rasa semua benda.

Kuih raya biasanya gua memang pakai tunjuk je. Tapi tahun ni azam nak buat kuih sendiri, sebab ada geng kuih kat rumah. hakak gua kat rumah ni memang meletops dia punya tahap kerajinan nak buat kuih. Lagi-lagi cornflakes madu. Tapi cornflakes ni gua cadang nak buat dua tiga hari sebelum raya. sebab kalau tidak, memang kuih tu tak sempat nak bawak raya. sebab habis kteorang makan masa moreh. Hahaha

tajuk takde kena mengena dengan. Sebenarnya takde benda nak cakap pun, tapi macam lama tak hapdet. so gua merepek sikit.

ciao

p/s: hadiah giveaway haritu iolls dah pos. hadiah topup, please check email korang. iolls dah hantar nombor kat situ. huhuu