21 June 2015

Ramadhan datang lagiiii

Salam all,

Alhamdulillah, it's the fourth day of Ramadhan !! Cerita tentang Ramadhan, tiba-tiba rindu Ramadhan dekat SAMURA. *sis memang tak boleh move on*. Alah, korang pun mesti ada yang pernah berpuasa kat hostel kan~

waktu sahur memang dewan makan tu sediakan makanan. Tapi aku sendiri tak ingat berapa kali je aku pernah turun. Biasa ah, nama pun student. Tidur tu ibarat emas. kesimpulannya sahur kat dalam dorm atau tak payah sahur .pastu kebulur .

Waktu berbuka engkorang tak payah cerita lah. walaupun banyak makanan dewan makan sediakan, nafsu membeli di bazar ramadhan ibarat gunung berapi yang nak meletus. Kalau boleh semua yang dijual tu aku beli.        


Disebabkan aku ni tengah menganggur cuti, dapatlah berpuasa sebulan kat rumah sendiri. dugaan kali ni lagi banyak sebab bazar ramadhan kemain besar. tak cukup dengan besar, bazar ramadhan ada sampai 3 tempat dah sekarang. kesimpulannya aku terpaksa berjihad bersungguh-sungguh tahan diri daripada membeli makanan secara berlebihan. apatah lagi bila pergi bazar dengan ATM bergerak  cik puan emak,

Tahun ni azam Ramadhan aku sama je macam tahun lepas, since azam tahun lepas pun tak berapa nak menjadi.


  • jangan tinggal sahur. makan sebanyak mungkin
  • makan secara sederhana masa berbuka, supaya tak senak masa terawih
  • banyakkan amalan sunat sebab mana la tau kot-kot ni Ramadhan terakhir
  • kuruskan badan sebab nak pakai baju raya cantik 
  • perbaiki diri sendiri dan teruskan sampai lepas ramadhan

so korang pulak macam mana?

chiao, xoxo

9 comments:

  1. Selamat berpuasa :)
    Blog walking sini :)

    ReplyDelete
  2. dan kena minum air banyak2 ^_^ hehe. tapi bukan masa tgh puasa la, kekeke. masa sahur n berbuka

    ReplyDelete
  3. So sweet of you commenting on my no-followers blog. ^^V selamat berbuka. semoga kuat menjalani ibadah dalam bulan ramadhan!

    ReplyDelete
  4. i know this is late but i still want to wish you happy fasting. :)

    ReplyDelete
  5. ya allah sis. thank you atas pesan yang berguna tu sis. #sishebat. hahah

    ReplyDelete
  6. Anda ditag!

    http://theaniss.blogspot.com/2015/06/raya-giveaway-by-rafydahouse.html

    ReplyDelete
  7. ky pula jenis tk mkn bnyk masa sahor.cukup sekadar minum air panas dgn biskut atau roti.air suam memamg minum banyak..

    ReplyDelete

hello.