31 May 2015

Resepi : Pancake Gebu

Salam all,

Pernah tak korang bangun pagi, lapar dan tak tau nak masak apa? and the most important thing is, benda yang simple dan senang nak masak.

jawapannya ialah: PANCAKE GEBU !

jap jap. Mesti ramai yang pernah makan pancake instant yang beli tepung dalam kotak tu kan? Aku pernah la jugak buat. Tapi rasa macam tak berapa sedap sangat sebab ada rasa baking powder. ngeee

Dan terutamanya korang yang takde tepung pancake instant tu, boleh tengok sini yea !



Bahan-bahan


  •  1 cawan tepung gandum
  •  1  sudu teh baking powder
  •  sebiji telur ( asingkan putih dgn kuning)
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 cawan susu segar



Cara

  1. Pukul putih telur guna whisker sampai kembang jadi meringue
  2. Dalam mangkuk berasingan, campur semua bahan selain putih telur. kacau hingga sebati dan pastikan tiada ketul-ketulah tepung.
  3. Campurkan putih telur ke dalam adunan bahan yang telah sebati.
  4. Goreng atas non-stick frying pan menggunakan api perlahan.
  5. Bila timbul gelembung pada permukaan pancake, terbalikkan.
  6. Hidang bersama sedikit butter dan madu.
  7. Siap untuk dimakan ! ( boleh hidangkan bersama buah-buahan seperti strawberi dan juga mangga! )


american-pancakes
ihsan google

So apa lagi gais. jomlah buat !!

p/s : jom join HIDY & HAZY.CO GIVEAWAY !! sebab syaratnya sangat simple !!




No comments:

Post a Comment

hello.