31 May 2015

Resepi : Pancake Gebu

Salam all,

Pernah tak korang bangun pagi, lapar dan tak tau nak masak apa? and the most important thing is, benda yang simple dan senang nak masak.

jawapannya ialah: PANCAKE GEBU !

jap jap. Mesti ramai yang pernah makan pancake instant yang beli tepung dalam kotak tu kan? Aku pernah la jugak buat. Tapi rasa macam tak berapa sedap sangat sebab ada rasa baking powder. ngeee

Dan terutamanya korang yang takde tepung pancake instant tu, boleh tengok sini yea !



Bahan-bahan


  •  1 cawan tepung gandum
  •  1  sudu teh baking powder
  •  sebiji telur ( asingkan putih dgn kuning)
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 cawan susu segar



Cara

  1. Pukul putih telur guna whisker sampai kembang jadi meringue
  2. Dalam mangkuk berasingan, campur semua bahan selain putih telur. kacau hingga sebati dan pastikan tiada ketul-ketulah tepung.
  3. Campurkan putih telur ke dalam adunan bahan yang telah sebati.
  4. Goreng atas non-stick frying pan menggunakan api perlahan.
  5. Bila timbul gelembung pada permukaan pancake, terbalikkan.
  6. Hidang bersama sedikit butter dan madu.
  7. Siap untuk dimakan ! ( boleh hidangkan bersama buah-buahan seperti strawberi dan juga mangga! )


american-pancakes
ihsan google

So apa lagi gais. jomlah buat !!

p/s : jom join HIDY & HAZY.CO GIVEAWAY !! sebab syaratnya sangat simple !!




29 May 2015

HAZY & HIDY.CO GIVEAWAY

Salam all,

Harini aku ada good news !!! Dah lama aku hiatus. (konon acah-acah buzy)  ni kiranya nak buat comeback lah ni ( sebab tengah cuti panjang).

kalau korang nak tau,  " HIDY & HAZY.CO" ni sebenarnya projek terbaru aku dengan akak aku. Kita dua orang ni akan jual shawl dalam masa terdekat. ( buat masa ni tak bukak lagi la). Sekarang masih dalam proses pilih barang dan sebagainya.

lets make things short and simple.

Harini iolls lancarkan " HIDY & HAZY.CO GIVEAWAY " !


syarat
  • warganegara Malaysia 
  • tajuk " HIDY & HAZY.CO GIVEAWAY "
  • copy banner dan backlink kat page ni.
  • like facebook page ini 
  • tinggalkan link blog dgn facebook kat ruangan blog ni.
  • follow blog ni ( optional ) sebab nanti senang korang nak tau updates pasal GA ni.

tarikh penyertaan 

  • 29 MAY 2015 sehingga 15 JUN 2015 !!!

Hadiah

  • plain cotton viscose wideshawl  untuk 3 orang pemenang bertuah. (nanti gambar iolls update)
  • top up RM 5 untuk 3 orang bertuah (tak kisah la pakai number apa pun)

pemenang nanti akan dipilih oleh random.org  yeaaa!!


amacam? simple je kan syarat kat atas tu. apa tunggu lagi, jomlah join " HIDY & HAZY.CO GIVEAWAY " !!

26 May 2015

UiTM Puncak Alam

Salam uolls,

Dengar cerita student asasi 2015 dah nak mendaftar yea? mesti ramai yang tertanya-tanya UiTM kampus Puncak Alam ni kat mana kan?

Firstly, Puncak Alam ni dekat Selangor and tempatnya quite terpencil lah jugak. Basically, kat kawasan hutan.

Hostel.

hostel kat UiTM Puncak Alam bukan macam kat asrama. Sebenarnya hostel uitm puncak alam ni macam apartment and quite luxury. satu rumah ada 4 bilik, 1 bilik 2 orang, ada toilet yang luas dan selesa, and ruang tamu. dapur takde la pulak since tak dibenarkan memasak. ye dok . kerusi meja belajar semua dapat sorang satu, katil single and loker yang besar. hahaha.

kat hostel ni takde wifi. wifi provided kat area campus je. tapi internet kat sini guna wire WLAN. boleh pasang kat komputer XD

washing machine ada disediakan kat tingkat 1. tapi bayar RM2 lah.

pakaian hari isnin baju kurung(girls) baju kemaja + tie (lelaki). hari jumaat baju kurung/jubah (girls) baju kemeja/baju melayu (boys). hari selasa sampai khamis tak kisah nak pakai baju apa asalkan menutup aurat dan tak ketat. boys pakai baju yang ada kolar.

bilik tidur 

Tempat makan

tempat makan korang takyah risau sebab memang kat sini ada macam2 jenis makanan and boleh gerenti yang berat badan korang akan naik. just name it. chicken chop, nasi goreng2, nasi lemak, nasi ayam, coolblog pun adaa.



kampus

kampus kat sini agak jauh daripada bilik sebab kena turun naik tanga maut. tapi sebenarnya kat sini ada disediakan bas rapid. jadi sesapa yang malas nak panjat tangga tu, boleh je naik bas. aku pun sebenarnya naik tangga tu sebulan je kot. lepas tu sanggup habis seringgit naik bas.

kalau nak tau pasal kelas dengan lecture hall, nanti boleh pergi amsa orientasi yeaa.

tangga maut (ihsan google)
the whole campus of UiTM Puncak Alam
list barang-barang keperluan :)


  • iron
  • cadar, selimut, bantal (kalau nak bantal lebih)
  • penyapu + penyodok
  • kettle
  • baldi + gayung ( untuk basuh baju)
  • pinggan + sudu + garfu + cawan


personal things korang pandai-pandai lah bawak ye.

-selamat maju jayaa-