02 November 2015

Kasut Puma New Designs !

Salam and Hi.

Sebagai seorang mahasiswi, aku sangat menyukai kasut sukan. Kenapa aku suka sangat kasut sukan? Firstly, sebab kasut sukan sangatlah selesa and comfy! kalau nak dibandingkan dengan kasut tinggi/flats/slippers memang kasut sukan lah yang paling selesa! Macam yang korang tau, jadual kuliah bagi pelajar university adalah tidak tetap seperti waktu kita di sekolah dahulu. Kekadang ada kelas pagi sampai malam. Ada juga kelas pada waktu pagi, kemudian jarak lamaaaa sangat pastu sambung kelas petang pun ada. Bayangkanlah korang nak kena pakai kasut selama 10 jam sehari! Oleh itu, keselesaan sangatlah penting dalam menentukan jenis kasut yang akan dipakai. Kalau tak, mula lah nak sakit kaki dan sebagainya.

Siapa kata pakai kasut sukan tak trendy/ tak sesuai. Cuba tengok balik masa sekolah dulu korang pakai kasut apa. Comel je kan? Hahaha.

Baru-baru ni, aku ada terdengar tentang  Puma Malaysia yang telah menjalankan suatu inovasi terhadap koleksi kasut mereka Puma shoes apabila mereka mengeluarkan rekaan terbaru yang lebih trendy, moden dan segar. Tambahan pula, Jenama sukan popular ini telah membuat kolaborasi bersama Solange Knowles, iaitu pencipta lagu dan juga merupakan adik kepada Beyonce’.

 

Seperti yang kita semua tahu, Puma telah memasarkan jenama mereka ke lebih 120 buah negara termasuklah Malaysia. Puma sentiasa berusaha untuk bersaing secara sihat dengan jenama-jenama kasut yang lain untuk kekal menjadi jenama kasut sukan yang paling digemari di dunia. Dengan pengalaman selama lebih 80 tahun, Puma berusaha untuk meningkatkan kualiti serta menawarkan harga yang berpatutan bagi kasut keluaran mereka.

 

Dua aspek penting yang perlu dititikberatkan dalam penghasilan kasut ialah aspek keselamatan dan perlindungan. Jika anda mempunyai sepasang kasut Puma, aku yakin bahawa korang akan sedar bahawa tiada jenama kasut lain yang dapat menandingi kelebihan kasut puma yang selesa dan yang paling penting ialah ianya tahan lama. Kasut Puma bukan sahaja boleh digayakan bersama pakaian sukan, namun kasut Puma juga boleh digayakan bersama seluar jeans, skirt dan juga baju kurung !




Lihat gambar di atas untuk koleksi kasut Puma.


27 October 2015

collecting experiences #feskum2015

Salam and Hi.

Last week was splendid. For the first time, aku dapat merasai suasana pesta convocation !!! (lol i know this is lame). So yeah, UM convocation week (FESKUM) was really a-mah-zing!!!

First thing yang aku buat : Join #fitfeskum which is MENARI ZUMBA. I am telling you that I am such a bad dancer lol. Tapi peduli apa.

Jumpstreet is one of our sponsors. So kitaorang dapat ' Jumpstreet voucher for RM15' ! macam tau-tau je aku dah plan nak pergi main kat Jumpstreet. Aku join dua aktiviti so dapat lah total of RM30 jumpstreet voucher. And amazingly, nanti boleh main kat Jumpstreet for free !!! (bojoget)

Other than zumba-ing, one of the best activity is 'Playing Roller Blade'. ( yeah its my first time too!) Dulu masa kecik-kecik tengok orang lain main macam best and aku pun pernah jugak simpan niat untuk beli roller blade, tapiiiii sayang duit. kah. Harga untuk main roller blade ni, RM10 untuk satu jam. Tapi disebabkan pakcik roller blade tu baik hati, dapatlah aku main lebih satu jam tanpa caj tambahan >.<


By the way, after effect lepas main roller blade ni memang peh. cramp kaki seminggu. tangan lebam seminggu. sebab jatuh banyak kali. lol. Lepas ni memang aku tak main dah.

Cuba teka apakah makhluk kat bawah ni.


jeng
jeng

jeng


Inilah hasil cantingan batik! hahaha. Aku tahu yang lukisan ni soooo like kanak-kanak tapi nak buat macam manaaa. dah memang tangan aku kayu and takdak bakat.


Sampailah waktu yang ditunggu-tunggu (okay tipu). Senior's graduation ! Nampak tak banner besar gedabak tu?  Haaaa, tu hasil karya course-mate aku. (p/s: i did color the virus's legs).


Ada team yang siap buat cheers ramai-ramai gittew. And ada gak yang bawak props (boxes) balloons and set up jadi macam photobooth. cantik gilaaa! Tapi tak sempat nak snap gambar cuz i have class to attend. ngeeee.

Tengok senior grad, tak tau lah sempat ke tak aku nak graduate nanti.

One thing yang aku perasan, kat UM ni banyaaaaak sangat festival. lol. Almost every week ada buka gerai jualan yang membuatkan poket aku nipis. (cries).


Oh. Lupa nak cakap that i went to KKBOX road tour performance! KKBOX is an application that is availabe in google store and applestore. teeheee. Apa yang best sangat untuk application ni? Korang boleh download sebanyak mana lagu yang korang nak Sebab KKBOX is giving out free trials for 3 months ! Apps ni sangatlah best especially untuk iphone users yang taknak beli lagu kat itunes (i am included) sebab korang boleh dengar lagu secara offline!



Sebagai tanda terima kasih sebab baca entry ni, 
Nah. sis belanja takoyaki. kah


Ni kali kedua makan Takoyaki and it taste faaa-buuu-lousss. Grab masa attend Karnival kat haziq dengan hazim punya sekolah.


By the way, Korang suka tak cuba makanan baru? teeheeee. So jom tengok kat bawah ni ha. @foodgasmfest will be organizing food festival !!! Ada baaaaaanyak sangat makanan yang 'mouth watering' gittew. I've been scrolling on their instagram and air liur meleleh like crazy. Can't wait till Sunday !

save the date yea!



Venue: Padang Timur, Dataran Petaling Jaya
Time: 10am-5pm
Date: 1 November 2015

p/s: kalau nak pergi foodfest ni, roger2 lah aku. 



till then,
ciao

09 October 2015

Short escape : Boat Noodle

Salam and hi,

Sebenarnya dah lama teringin nak makan Boat Noodle. Remember on my last post? Dah jejak dah TimeSquare last week tapi Boat Noodle kat situ ramai sangat orang( sebab lunch hour). Pastu perut dah tak tahan lapar sangat. Terus gerak gi makan tempat lain.

Semalam terbuat Short escape to Jaya one, Petaling Jaya to try out Boat Noodles. Sebab kelas 8.00a.m sejam, gap lamaaaaa sangat next class start pukul 5p.m. Dah elok sangat dah timing nak pergi short escape.

So tadaaa,

Luckily, kita pergi sebelum lunch hour so tak ramai orang =)


Boat Noodle ni sebenarnya mee tomyam (ayam/daging) tapi version thailand. Served in a small bowl, each cost RM 1.90 only. Tapi kalau dah makan empat mangkuk, tak ke RM 7.60 ? Kah. anyways, aku tak makan banyak pun sebab aku tak suka sangat rasa kuah dia. Pergi dengan member, makan kongsi-kongsi je. Total up, 6 bowls sahaja. Ushar kejap group of guys kat bahagian belakang. Mangkuk dia stack up tinggi gila kot. Tak tau lah berapa banyak mangkuk diorang telan >.<

Next, spinach goreng tepung. Sedap jugak lah tapi tak boleh makan banyak sangat sebab nanti muak. Aku suggest, kalau makan dengan kawan-kawan, order satu pinggan je dah cukup. Harga untuk satu pinggan, rm6.90.

Yang dalam dua mangkuk kecik tu, aku panggil tepung pelita je. Sebab ni tepung pelita versi thailand. Masin sikit bahagian putih tu. Harga 2 mangkuk, RM 1 sahaja. boleh lah kalau korang nak cuba sebab takdelah mahal sangat.

One of my friend, makan nasi putih plus telur dadar. Teluar dadar dia sedap lah jugak. tapi quite expensive sebab harga RM11.90 .( takdak kat gambar)

Last sekali, Air Teh Lumpur! ok gais. i made up these name. nama betul : Teh ais . Highly recommended sebab sedaaaaap sangat. served in a hipster cup yang macam aku pegang tu hah. Cawan tu boleh bawak balik. RM 6.90. Kalau ikutkan, memanglah mahal sikit kan. Tapi boleh lah kalau nak cuba sebab sedap >.<


Lepas makan, kita jalan kejap kat Tokyo Avenue. oh yeah. Ni sebenarnya background kat dinding kedai je. Tapi nampak macam real , so why not kita amik gambar >.<

p/s: ada tak tempat makanan yang menarik and can be reached by train/lrt/senang kata pengangkutan awam? ngeee

ciao.

03 October 2015

Hakikatnya hidup ini tak mudah.

Salam and hi.

Masuk harini dah hampir tiga minggu aku tak update blog. Acah-acah buzy je sebenarnya padahal -.-

Lots of things happened and Alhamdulillah, life is getting better. ngeee. walaupun pada hakikatnya setiap kali aku bukak buku, mata aku nak tertutup. Sebab subjek sem ni semua biology sahaja. feel me? I guess not.

Studies? tak tau lah nak kata macam mana. I feel like everything is getting harder *emoji air mata berdarah*. I had my first test for subject ' Life Process' on last tuesday. At first, I thought that its going to be super duper easy yeah right sebab lecturer kata test be like 20 mcq's in 20 minutes. Open book test plus buat online je gittew. Last-last dapat markah tak sampai separuh pun *menangis lagi*. Soalan dia memang bapak susah plus tak sempat pun nak bukak buku, etc. Soalan pun sempat baca 12 je lepas tu time out. rip my first test.

Lesson number 1: Jangan over confident sangat please.

Day 276/365

Sebab hari Jumaat memang takde kelasssss. So yeah kita pergi foodhunting lah jawabnya.

sebab boat noodle ramai sangat orang, kita pergi KR jelah >.<


Cerita dia, ingatkan coffee ni macam ice-blended tu ha. Tapi taaaak. Coffee ni pahit. kah


Day 277/365.

Harini aku terlebih rajin nak explore campus. Pagi tadi jogging kat Tasik Varsiti. Kah. Takdelah jogging sangat pun, setakat jalan lari gitu2 je. Kenapa jogging pagi? Sebab pagi sejuk sikit. Ada jerebu dah boleh fefeeling overseas. First time jejak tasik walaupun dah sebulan menetap kat sini.


Oh.

Cakap pasal jerebu. The haze is getting thicker.

p/s: thank you for visitting my site! i'll visit yours soon yea =)

19 September 2015

First Step #2

Salam all,

FYI, aku amik course microbiology. teeheee( sebab lupa nak cakap before this)

So harini aku sambung cerita on my first day of kuliah. Alhamdulillah with the help of new friends, I managed to arrived at the lecture hall pretty early. Yelah, fakulti kemain besar nak cari kelas pun payah. Nasib baik first semester ni dekat fakulti yang sama je. Everything went well, core subjects classes cuma 50 minutes je so can be quite acceptable. Maklumlah, nak belajar biology kalau dah sampai dua tiga jam tu memang impossible lah.

Lecturer so far semua okay and okay and okay.

There would be one with 'romantic' voice but hey, the lecturer is really good. The other one with (you know that intonation people use when they're reading books?) That's it.

Next was enterprenuership class for two hours which is somehow make me feel sleepy.

For my first semester, I've only taken 18 credit hours . not that much huh

Lots of things to share but maybe next time?

ciao.

09 September 2015

First Step

Salam all,

#Road to degree.

yeay Alhamdulillah aku dah berjaya jadi mahasiswi Universiti Malaya. ahaks.

I went for registration plus check in the room on last Sunday. Right after sending my kaklong back to the airpoort as she'll be taking her flight to Sarawak. Ngeeee. Her flight was at 7.00 am so yeah bayangkanlah macam mana kekabuts nya kteorang pukul 4.30 pagi sebab terlambat bangun. Luckily, i've had all my things ready.

Oh. bayangkanlah laju mana ayah aku drive kereta sebab nak sampai airport cecepat sebab takut tak sempat nak check in kaklong's bag. Alhamdulillah kteorang masih bernyawa *emoji air mata*

Lepas breakfast, kteorang terus gerak nakpi UM. Pagi gila katekooo. Pukul 9 dah sampai. Ramai ah gak yang daftar harini eventho we're the second intake punya student. Lepas daftar, boleh terus check in bilik. Honestly, my first impression pasal kolej ni/my room buiding be like " this may be some sort of ghosty hostel" . Korang pepaham jelah yang UM is the first universiti in Malaysia gittew. Oh yea, bilik aku pun nampak macam ghosty sikit sebab furnitures semua dah berbunyik-bunyik.*plus i got double deck punya bed*

My orientation kit was supercool sebab dapat Varsity. nak tengok boleh check kat instagram: nurhaziqahhazy

All I can say is marilah kita sama-sama bersyukur. It was better than nothing kan?

The second batch basically kteorang ada "mini-orientation" sebab kuliah dah mula on the next day. Nothing much sebab nama pun "mini". We had our "AkuJanji" process on Sunday night. Oh ya. The pm's(fasi) were all semangat gilanakmati and thank you kat dorang lah sebab bersungguh-sungguh nak jayakan mini orientation ni. They've perform cheers and dances tapi pepaham lah kteorang ni blur sangat so everything went hambar.

First day of Kuliah? will be updated soon yea ;)

Thank you for all your support.

p/s: sorry lah tak dapat nak blogwalking sebab nak adapt plus nak merantau UM yang besar gedabak ni.

ciao.

03 September 2015

Hi ?

Salam all,

okay tajuk memang takde kena mengena.

Nothing much to say tapi eksaitednya nak masuk degree ni.



yeah after 4 months of holiday finalleyh i'm going to college!!

Aip. behave pleaseeee. InshaaAllah nanti aku bagitau aku masuk Universiti mana yea.

packing packing packing

gambo gugel

Nampak tak kita punya header baru tu? ngeeeee. created by KakakTiriCinderella . Thank you tau KTC, kita memang suka barang free.


p/s: any tips and tricks?

28 August 2015

Siapa nak edit ni weh?

Salam all,

Siapa kat sini teringin nak edit/create header,gambar and etc tapitakde photoshop angkat tangan? . Haaaaaa.

Dulu masa zaman lower form, i was soooo obsessed dengan photoshop. Iyelah, budak-budak kan banyak masa lapang, kantoitakrajinstudy Masa tu pun zaman baru nak ada internet kat rumah. linemacamsiput . Tapi aku ni kira gigih la jugak orangnya. Download photoshop CS4 free dari blog manantah plus selalu jugak tengok tutorial nak guna photoshop tu.

Masa form 4 and 5 kan iolls dok asrama so paham-paham jelah, celah mana aku nak cari computer ntah. Lepas SPM aku teruih lupa cara nak guna photoshop ni ha.

Few months back, aku google lagi sebab nak download photoshop since sekarang dah pakai laptop sendiri. tapi takjumpaaaa *cries*

So i basically gave up. (nak beli yang ori tapi sayang duit) hahaha.

Sekarang ni iolls guna 'online editor' yang memang dah ada kat internet so takyah kelamkabuts nak downlod etc. Apps yang iolls nak senaraikan japgi memang sesuai sangat untuk beginner macam iolls.

so checkiout

1. PIXLR EDITOR



Apps ni memang aku selalu guna kalau nak create something simple. contoh, header aku tu ha. nampak tak betapa simple header aku tu. wehsiapanaksponsorakuheaderakuterimaje   Btw, apps ni lebih kurang je macam photoshop tu ha lagi ni version yang basic je.

2. BLOGGIF


Apps yang ni guna bahasa indonesia. Takdelah susah sangat nak faham pun sebab bahasa indonesia lebih kurang je dengan melayu kan. Apps ni advance sikit sebab korang boleh buat gif(gambar gerak2) , tulisan kelip-kelip dan banyak lagiiii  !!

hasil kerja aku . 5 minit dah siap so apa tunggu lagi !


p/s : siapa tau katmana nak download photoshop bagi tau aku please.

Sorilah gua memang tak selalu update pun.

ciao

More inspiring quotes here More inspiring quotes here More inspiring quotes here
More inspiring quotes here More inspiring quotes here More inspiring quotes hereMore inspiring quotes here More inspiring quotes here More inspiring quotes hereMore inspiring quotes here More inspiring quotes here More inspiring quotes here


Quotes from : http://extramadness.com/

20 August 2015

apalah nasib makcik karipap



Salam all,

So yeah harini dah 20th August kan ya all. So far aku tak decide lagi sama ada nak masuk UPM or just let the offer slip je. Chill je coz i still got two days left. hikhok. nampak tak gaya last minit

New topic please lah kan sebab dah bosan cakap pasal upu.

Have anyone here ever tried to make currypuffs? *acah omputeh ciked*. Masa mula-mula nak buat karipap tu memanglah heksaited katekoo, yelah, sebab sebelum ni tengok makcik karipap kat gerai tu peh. laju gila dia buat karipap so i be like

 " hek eleh senang je nak buat karipap". 

Tapi

Aku rasa macam kena tipu dengan makcik-makcik karipap sekalian.

Sebab masa nak buat doh tu pun dah penat. Dia punya lama kena uli doh tu weh. Aku rasa tangan ni dah timbul otot ketak-ketak. Peluh takyah cakap ah memang sah-sah meleleh masuk dalam karipap sekali agaknya. I tell you what gaiss. tu baru nak uli doh. tak masuk lagi bab nak lipat tepi karipap >.<

Aku punya karipap yang pertama be like " ni karipap ke apa ni takde rupa pun". Tapi biasa ah. Gua peduli apa asal boleh dimakan. walaupun kena gelak. Aku rasa dalam banyak-banyak ketul karipap tu, aku punya ada lah dalam sepuluh ketul. kehkeh . Nampak tak dia punya lambat tuh cemana.

Finalleyh, sampai lah part nak menggoreng karipap tersebut. Suap sikit dalam mulut " karipap keras" . Hahaha. Since bukan aku yang buat adunan doh, takdelah aku serba salah sangat >.< So far boleh je dimakan. Keep calm and continue eating

Sekarang ni aku rasa nak menghargai semua jenis makcik yang pandai buat karipap sebab tanpa mereka, tak dapatlah aku makan karipap. sebab gua suka karipap.   Haaaa, tak masuk lagi hantu karipap yang selalu ketuk tingkap korang masa pukul 3 pagi tu.

Conclusion : Kepada bakal mak mertua kat luar sana, saya memang tak reti buat karipap.



ciao

12 August 2015

the perks of being me // upu

Salam all,

Semalam result UPU keluar, berdebar dia lain macam weh. huhuhuuu~~ So korang semua macam mana? dapat tawaran sambung belajar kat mana pulak kali ni? congratulations lah untuk korang. Yang tak dapat mana-mana tawaran pun, takmo sedih-sedih okay. Kita masih boleh buat rayuan. InshaaAllah ada rezeki nanti.

Alhamdulillah, aku dapat ah jugak tawaran kat UPM, course Sains Pengajian Makanan. entahlahnak. Nak kata happy tu takde lah kot. Sebab ni pilihan yang entah ke berapa belas agaknya. Sekarang ni aku redha jelah.Deep inside, aku tak rasa nak pergi UPM pun. cries hard .

By the way, aku ada jugak apply UM. idk why am I not accepted. padahal course yang aku mintak tu kena pointer 3.00 je kot. Sekarang ni kira tengah buat rayuan lah. Mana tau kot2 diterima >.<

Kekadang nak gelak jugak bila ada orang lain dapat sampai 3 tawaran, and ada yang tak dapat langsung padahal pointer depa okay je. maybe sebab depa tarik semua yang empat rata, yang lain ni leftover takyah cerita lah. oh. gua bukan nak salahkan sesiapa.

Sekarang gua tengah tunggu offer nak pi India. Doakanlah gua.

kalau tak dapat,

gua taknak sambung belajarlah.

ciao

p/s: bahasa campur-campur sebab gua serabut.

01 August 2015

Sushi weh sushi

Salam all,

Diam tak diam, dah dua minggu kita beraya. Bagaimana dengan berat badan korang semua? masih ideal? eh. skema pulak kita.

Tutup cerita pasal berat badan. Pacita raya korang semua? Dah ziarah ke rumah pakcik, makcik, kakak, abang, sedara, sepupu sepapat, member ,cecikgu  bakal mak mertua .  eh . Yang belum ziarah tu, jangan risau okay gais. raya masih berbaki dua minggu >.< manalah tau kot-kot masa tengah beraya tu ada jodoh datang depan mata.

So far so good sebab aku dah beraya hampir ke semua rumah makcik pakcik aku. Esok pun jadual padat dengan ' openhouse' sesi melantak  . Bab-bab makan free ni memang aku suka.

Sepanjang-panjang minggu ni, aku sempatlah jugak beraya kat Setia City Mall, Jusco dan GM Klang. almaklumlah poket tengah penuh dengan duit raya. Tang-tang tu jugaklah duit raya aku habis. huhuhu bak kata akak aku, duit memang untuk diguna

Sempatlah jugak aku melantak Domino's , Kenny Rogers , Sushi King dengan Marrybrown. gua boikot mekdi .

 Domino's macam biasa ah. makan pizza gittew. Kenny rogers ni second time aku makan. almaklumlah, tukang tanam anggur macam aku ni pokai mana ada duit. Tapi seriously memang sedap lah makanan kat Kenny Rogers gua makan pun sebab akak guwa belanje  . Lagi-lagi kalau makan free.

Next, aku dengan akak aku pi makan kat Sushi King. Ni memang first time aku makan kat situ sebab aku memang tak berapa nak boleh telan sushi. Cik akak kita nak belanja (again) , so why not lah aku try kan. Kesimpulan yang aku dapat buat, tolong jangan bawa aku pergi makan sushi lagi lepas ni. hahaha

Okaylah, cerita semakin boring.

Tapi nak cakap jugak yang result upu will be out on 11th August ni. Do pray for me yea gaiss .

boleh tengok gegambo gua kat insta: nurhaziqahhazy

ciao, xoxo

24 July 2015

Happy Eid evelibadi

Salam all

I hope its not too late for me to wish Happy Eid Fitri to all Muslim !! yeah finally beraya jugak kita ye.

Mainly reason aku lambat hapdet blog ni sebab sibuk malas beraya. hahaha. So amacam raya korang semua? best tak?

Apa cerita duit raya? masih banyak macam kecik-kecik dulu ke? kehkeh. Setakat ni Alhamdulillah, aku masih dapat duit raya macam tahun tahun yang lepas. awet muda kot

Nak cerita pasal raya, tahun ni aku raya kat Selangor jelah since atok kat johor dah takde. Entalahnak, nak kata best pun tak jugak. Sebab raya kali ni rasa macam asyik duduk depan TV je. Nak borak pun takde geng.

Ingat lagi masa kecik-kecik dulu, bila raya kat Johor aku lah taiko main mercun. Lagi-lagi bila ada ramai sepupu sepapat sekepala . Dah besar ni dengar bunyi mercun pun taknak kateko.

Rinduuuu sangat masa kumpul ramai-ramai kat johor, pastu siap main masak-masak kat belakang rumah.

Hari Raya ketiga dapatlah jugak travel pergi johor untuk raya rumah sedara mara kat sana. Duit raya bertambah

Soalan paling cliche aku dapat " sekarang belajar kat mana". "lepas ni sambung course apa" .
Jenuh la jugak nak explain yang aku ni tengah tanam anggur tunggu result UPU bulan 8 nanti.
nasib baik depa tak tanya " nak kahwin bila".

Lupa pulak nak cerita yang tema raya aku tahun ni warna HIJAU. go green bebeh.

Dua hari lepas konvoi dengan member kat palam beraya ramai-ramai. Masing-masing dah boleh bawak kereta weh. Teringat dulu nak pergi beraya, kena orang hantarkan. Baru sedar yang diri sendiri dah tua =(

gambar raya boleh tengok kat insta : nurhaziqahhazy

So korang, SHRMZB

ciao, xoxo.



06 July 2015

Review : Nasi Arab AROMA HIJRAH

salam all,

kat sini ada tak peminat nasi arab? kalau ada, lets check it out.

gambar google

Aku nak suggest Nasi Arab di RESTORAN AROMA HIJRAH. Mesti ramai antara korang yang nak cari tempat untuk celebrate apa-apa event dengan kawan-kawan kan? Bagi aku, Restoran Aroma Hijrah ni memanglah sangat purrrfect. nak tau kenapa?

Firstly, sebab Restoran Aroma Hijrah ni sangatlah selesa! Restoran Aroma Hijrah ni ada banyak sangat tempat duduk. in case korang takut dah sampai, takde seat pulak kan. dan apa yang best, kat sini korang boleh pilih sama ada nak duduk kat kerusi meja makan ataupun duduk besila. kalau korang tengok kat gambar bawah ni, tempat yang duduk bersila tu sangatlah best sebab korang boleh tutup langsir tu. untuk lebih privasi bersama kawan-kawan.

gambar google

Secondly, Restoran ni ada kemudahan surau dan tandas yang selesa. mana lah tau kot-kot korang nak lepak berjam-jam, so tak payah susah-susah. kat sini dah ada surauuu !!

cakap pasal makanan, of courselah diorang hidangkan nasi arab. ye dok? ada banyak pilihan nasi arab dan lauk yang boleh korang order. boleh pilih sorang sepinggan atau ikut dulang. bagi aku, harga dia sangatlah affordable especially untuk students.



layanan pun sangatlah baik. kat situ ada banyak pekerja and diorang sangatlah baik hati untuk terangkan pasal makanan kalau korang tanya, heheeee


FYI, korang boleh buat reservation sebelum datang ya.




Restoran Aroma Hijrah
No 8, Jalan Opera U2/H,
TTDI Jaya,
40150 Shah Alam, Malaysia
No. Tel : 03-78321524 / 012-6544838 / 012-6644639
Email : restaromahijrah@unifi.my

Operation Hours:

Isnin – Khamis: 11:00 am – 10:30 pm
Jumaat – Ahad: 11:00 am – 11:00 pm

ciao, xoxo

Raya Giveaway By Erza


CLICK BANNER TO JOIN


1. Wajib follow blog ERZA dan google+ follower


2. Wajib like fanpage Zaf's Outlet 

3. Buat satu entri bertajuk "Raya Giveaway by Erza"


4. Tinggalkan URL entri korang di SINI

5. Siap dan good luck friends!!!




5 langkah mudah sahaja !!!


Hadiah - hadiah yang bakal dimenangi:-
1 x dress raya
2 x RM10 duit raya
10 x voucher Magic Art Museum 3D

Jom Laaaa Join...ajak kengkawan ramai2!!!

Dayana and DurratunKhayla Surprise Giveaway

salam all,


Winner will be chosen via random.org and the closing date is on 10th July 2015 - supaya harap-harap sempat post untuk pakai raya.

GA Kawaidesu Concept Raya 2015 Bernilai RM395

salam all,



Hadiah Hadiah
Hadiah Utama(1 pemenang)Duit Raya rm50 + 1 Supra Pro Foundation + 1 Eyeliner/eyebrow concealer pencil + 2 Shiseido Peel Off mask 
Hadiah Kedua(6 pemenang) 1 Supra Pro Foundation + 1 Eyeliner/eyebrow concealer pencil + 2 Shiseido Peel Off mask 
Hadiah Ketiga(4 pemenang)1 Eyeliner/eyebrow concealer pencil + 2 Shiseido Peel Off mask 
Hadiah Keempat(3 pemenang) 1 Shiseido Peel Off mask 
Hadiah SaguhatiKesemua Penyertaan akan dilistkan di Blog List
Tarikh Tutup pada 7/7/2015 (12.00 tengah hari)

04 July 2015

awkwardness

Salam all,

Frankly speaking, aku bukanlah seorang yang ramah and mudah untuk dapat kawan. Entahlahnak. low self esteem kot. eceh. Tak ah, sebenarnya aku memang jenis yang tak reti nak approach orang. But you know what, since aku masuk samura, aku dah jadi better kot. Aku cuba untuk cari kawan and eventho aku ni takla peramah, ada jugak orang yang nak kawan dengan aku. ahaks

Dah selalu sangat kalau jumpa kawan mama, they'll be like. "Haziqah tu baik je budaknye kan.. senyap je."

dan.
puaslah aku kena gelak dengan mama kaklong semorang.

Sebenarnya aku senyap kalau dengan orang yang aku tak kenal je weh. Dengan orang yang aku kenal, sumpah that i was like a totally different person. lol, aku senyap kat orang yang aku tak kenal basically sebab aku berat mulut takde benda nak diborakkan kot. kehkeh. oh. ataupun sebab orang tu pun perangai macam aku. takde benda yang nak diborakkan.

Tapi aku okay je kalau nak kawan dengan orang. Sebab orang kata, berkawan biar seribu, berkasih biar satu. eh takde kena mengena

Apa-apa pun, aku like seriously bersyukur sangat sebab ada ramai kawan gila baik. ihiks. seriously gaisss, kalau orang suruh pilih kawan mana yang aku paling sayang, aku betul-betul tak boleh pilih. sebab bagi aku, semua kawan aku sayang. Dorang ni semua perangai lain-lain. dan yang lain tu jugaklah yang aku rindu.

ciao, xoxo.


01 July 2015

Review : Skytrex Adventure

salam all,

Korang pernah dengar pasal sky trex tak? okeh. kalau tak pernah, meh aku bagitau. Skytrex ni sebenarnya outdoor activity yang macam jungle trekking. Apa yang membezakan sky trex dengan jungle trekking ni ialah, korang akan jalan bukan atas tanah. Kiranya korang akan berjalan dari pokok ke pokok dan dihubungkan melalui jalan-jalan kat atas pokok. Jalan-jalan atas pokok tu macam gambar kat bawah ni, dan juga termasuk flying fox. haha.

gambar sis amik dari google

gambar google 

untuk maklumat lebih lanjut, boleh tengok kat website ni : SKYTREX ADVENTURE

Aku pergi sini masa trip kelas asasi tahun lepas. Pergi dengan kawan-kawan memang syiok ah.

ada tiga jenis circuit yang korang boleh pilih iaitu little adventure, big thrill dan extreme challenge.

little adventure ( RM 35 )
sesuai untuk kanak-kanak dan mereka yang takut ketinggian. sebab tinggi obstacle ni hanyalah 5 meter.

Big thrill ( RM 45 )
ketinggian untuk obstacle ni pulak ialah 17 meter. Yang ni memang aku recommend kat korang sebab best sangat !! Masa aku pergi haritu, aku amik obstacle yang ni.

extreme challenge ( RM 55 )
sesuai untuk orang yang physically fit. ni serious weh, sebab kang takut korang tak boleh habiskan course, membazir je nanti. huhuu

Keselamatan, korang tak payah risau sebab memang akan ada instructor yang jaga. And sebelum mula obstacle, akan ada taklimat dan dia akan ajar untuk guna segala jenis peralatan. Apa yang menarik, korang akan lalu semua obstacle tu sendiri dan main flying fox sendiri !!

Dinasihatkan korang call dulu tempat dan tempah tiket. Sebab takut kalau ramai orang, nanti tak dapat habiskan obstacle. So apa lagi, kalau berminat boleh cuba ye!

SKYTREX SDN BHD
Management & Administration Office
C33-2-7 Block C Jaya One
No. 72A Jalan Universiti
46200 Petaling Jaya
Selangor Darul EhsanTel: +601 3276 9841
Fax: +603 7960 8290
(Please call only from 9am – 6pm)
Email: skytrex@skytrex-adventure.com


yeyeyeye

Salam all,

Alhamdulillah, dah  lebih 2 minggu berpuasa! setakat ni puasa gua penuh lagi. Harap sangat takyah ganti nanti. kehkeh

*pong pang kebabom* bunyi mercun start first day puasa haritu. Adik-adik semua meh hakak pesan. main mercun tu berpada-pada yea. Jangan sampai takde tangan masa raya nanti. (pesanan ikhlas dari bekas pemain mercun yang dah bersara)

Setakat ni dah macam-macam jenis kuih gua dah rasa. Dari tepung pelita sampailah ke kuih melaka. ehek. target nak selim masa puasa ni pun kelaut. Sebab masa puasa ni jugaklah macam-macam jenis makanan yang kau tak pernah nampak, ada depan mata. tangan ni pun gatal nak rasa semua benda.

Kuih raya biasanya gua memang pakai tunjuk je. Tapi tahun ni azam nak buat kuih sendiri, sebab ada geng kuih kat rumah. hakak gua kat rumah ni memang meletops dia punya tahap kerajinan nak buat kuih. Lagi-lagi cornflakes madu. Tapi cornflakes ni gua cadang nak buat dua tiga hari sebelum raya. sebab kalau tidak, memang kuih tu tak sempat nak bawak raya. sebab habis kteorang makan masa moreh. Hahaha

tajuk takde kena mengena dengan. Sebenarnya takde benda nak cakap pun, tapi macam lama tak hapdet. so gua merepek sikit.

ciao

p/s: hadiah giveaway haritu iolls dah pos. hadiah topup, please check email korang. iolls dah hantar nombor kat situ. huhuu

21 June 2015

Ramadhan datang lagiiii

Salam all,

Alhamdulillah, it's the fourth day of Ramadhan !! Cerita tentang Ramadhan, tiba-tiba rindu Ramadhan dekat SAMURA. *sis memang tak boleh move on*. Alah, korang pun mesti ada yang pernah berpuasa kat hostel kan~

waktu sahur memang dewan makan tu sediakan makanan. Tapi aku sendiri tak ingat berapa kali je aku pernah turun. Biasa ah, nama pun student. Tidur tu ibarat emas. kesimpulannya sahur kat dalam dorm atau tak payah sahur .pastu kebulur .

Waktu berbuka engkorang tak payah cerita lah. walaupun banyak makanan dewan makan sediakan, nafsu membeli di bazar ramadhan ibarat gunung berapi yang nak meletus. Kalau boleh semua yang dijual tu aku beli.        


Disebabkan aku ni tengah menganggur cuti, dapatlah berpuasa sebulan kat rumah sendiri. dugaan kali ni lagi banyak sebab bazar ramadhan kemain besar. tak cukup dengan besar, bazar ramadhan ada sampai 3 tempat dah sekarang. kesimpulannya aku terpaksa berjihad bersungguh-sungguh tahan diri daripada membeli makanan secara berlebihan. apatah lagi bila pergi bazar dengan ATM bergerak  cik puan emak,

Tahun ni azam Ramadhan aku sama je macam tahun lepas, since azam tahun lepas pun tak berapa nak menjadi.


  • jangan tinggal sahur. makan sebanyak mungkin
  • makan secara sederhana masa berbuka, supaya tak senak masa terawih
  • banyakkan amalan sunat sebab mana la tau kot-kot ni Ramadhan terakhir
  • kuruskan badan sebab nak pakai baju raya cantik 
  • perbaiki diri sendiri dan teruskan sampai lepas ramadhan

so korang pulak macam mana?

chiao, xoxo

19 June 2015

Pemenang HIDY & HAZY.CO GIVEAWAY !!

Salam all,

firstly nak mintak maaf sebab lambat update senarai pemenang. huhuhuu
i was sooo buzy kemaih ghumah nak raya. eh

By the way, hazy ada edit semula senarai pemenang sebab haritu ada double link. boleh check kat SINI yeaaa

okay jom proceed to the winners

PEMENANG PLAIN WIDESHAWL


  • 57 ( http://tiefiqs34.blogspot.com/2015/06/hidy-hazyco-giveaway.html )
  • 19 ( http://fakmal0.blogspot.com/2015/05/hidy-hazyco-giveaway.html )
  • 2  ( http://www.syuhadasalleh.my/2015/05/hidy-hazyco-giveaway.html )

PEMENANG TOP UP RM 5

  • 1   ( http://strawberrysgurls.blogspot.com/2015/05/hidy-hazyco-giveaway.html )

  • 10 ( http://akukaudansesuatu.blogspot.com/2015/06/hidy-hazyco-giveaway.html )
  • 31 ( http://www.hajarshikin.com/2015/05/hidy-hazyco-giveaway.html )



tahniah to all winner yea! and thank you kat semua yang support this GiVEAWAYYY !!!

attention, winners tolong email details kat aku punya email dalam masa 3 hari. sebab iolls tasshabar nak pos barang. haha

nurhaziqahhazy@gmail.com

nama :
nama hadiah: 
alamat (utk wideshawl) / no fon ( utk topup) :




 chiao , xoxo

16 June 2015

CPUV #1 DUMEX DUGRO , SHELL HELIX


salam all, 

omg gaisss, GIVEAWAY DAH TAMAT !!!... check korang punya link kat SINI. winners will be updated soon yeaa

Finally aku dapat jugak CPUV. ahaks.  kalau tengok balik CPUV yang sebelum2 ni, memang dapat beberapa sen je sebab dapat CPUV masa aku 'hiatus' .

actually i've sent a ticket to mr nuffnang and tanya macam mana nak dapat CPUV ni. Sebab nak bagitau mr nuff yang aku wujud. hahaha. So korang pun boleh cuba yeaaa.


So korang yang visit sini boleh lah tolong klik kat DUMEX DUGRO dengan SHELL HELIX . heheee




p/s: biasanya aku blogwalking guna mr linkies kat bawah tu. Jadi jangan malu jangan segan, letaklah link korang dalam list tu yeaaa.

warning: jangan letak link iklan korang kat mr linkies tu tau. tak baik paksa-paksa orang isi tabung awak.

10 June 2015

Laman Seni Seksyen 7, Shah Alam

Salam all,
KORANG JOM JOIN ' HIDY & HAZY .CO GIVEAWAY !'

Siapa kat sini suka pergi street art? tak pun , kalau korang suka hamek gambar pun hokay jugak. hokeh, korang yang suka pergi street art ni, boleh lah pergi kat LAMAN SENI SEKSYEN 7, SHAH ALAM.

alamat:
" Jalan Plumbum R7/R, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor"

orang kata, orang yang suka pergi street art ni semuanya hisper. hikhok. tapi peduli apa. jalan jelah situ, lagipun memang tempat tu sesuai nak amik gambar pun. 

i've been there few times sebab rumah dekat je dengan shah alam. Last time pergi dengan housemates gitew. sebab nak celebrate moment terakhir jadi housemates kat palam. so kteorang buatlah " HIPSTERS DAY OUT" . housemates aku ni semuanya sebenarnya bukan hipster pun. kehkeh.

  

ini jelah gambar yang iolls boleh belanja. sebab laptop iolls rosak *nangis*

ahah, ada cerita menarik sebenarnya masa trip ni. we were so eksaited nak hamek gambar semua, pastu lupa nak bayar parking. kehkeh. gedebuk habis RM 10 nak bayar saman. so korang kalau pergi weekdays, jangan lupa bayar parking yea! sebab nak cari tempat bayar saman tu pun satu hal jugak. hikhok

p/s: kat area seksyen 7 ni kemain banyak boutique. bolehlah singgah cari baju ke apa yea!

09 June 2015

Happy Birthday, dearself

Salam all,

Finalleyh its my birthdayyyy!!!

eh jap. bukan harini tau. tapi 6th JUNE haritu. kehkeh

definition of birthday bagi aku ialah hari untuk melahap kek. tahun ni sambut birthday cara yang paling simple kot. disebabkan Secret Recipe ditarik sijil halal (sobs) , kita buat sendiri kek D.I.Y.
simple je kek ni sebenarnyaaaa. beli chiffon kat tesco, and buat cream sendiri. kihkih.

cream tu pun simple tapi rasa dia marvelous gaissss. main ingredients untuk cream tu, cream cheese, butter, sugar, vanilla essence, pewarna. senang je kaaaaaan.

kek tu kita potong dan lapiskan dengan cream tadi. rupa kek ni memang serious tak cantik. sebab sis takde bakat nak hias kek ke apa semua. mihmih. tapi sis bersyukur sebab ada lah jugak kek.

the best part of my birthday was bila ada orang wish !! tak kisah lah orang wish panjang ke pendek, aku still rasa happy. ( walaupun ada orang kena paksa wish)

ucapan dari family tu semestinyaaaa!! aku siap announce kat semua orang bila dah pukul 12 tu(habit lah lol)

To be honest, aku susaaaaah sangat nak ingat birthday orang. wuhuuuu. facebooklah penyelamat sebab selalu tolong remind birthday bestfriends. teeheeee ( dan juga group whatsapp)

the day before my birthday, i met my BFF's (SMKPA)!!! ngeeee. dah lama tak lepak borang panjang gitewww. part yang paling best, they did a surprise!! *sumpah terharu* they bought me small cakes. *tears*

and yang paling epic, Nadiah dengan Ika punya ucapan... hahaha.

the rest was history..


ucapan untuk diri sendiri

" Happy 19th Birthday, dearself. May Allah bless your age. may you be successful in life and hereafter =) "

p/s: memang takde snap gambar ke apa yea. sorry =)

08 June 2015

Big Bad Wolf KL BOXSALE

salam all,

last thursday we went to the mines 2 for big bad wolf KL box sale. heheeee. it was my first time tho. Sebenarnya sebelum-sebelum ni memang nak pergi pun, but yeah, tak sempat lah chuolls.

apparently, BBW boxsale ni rule dia simple je. Buy a box worth RM 99.90 or RM79.90 . and fill in the box with any books that you like. as long as the boxes and can be closed as its supposed to. Seriously gaissss!! memang seronok sangat pilih buku banyak-banyak.



Dan hasilnyaaaaaaa, we've bought in total of 33 books ( guna kotak RM99.90) . kiranya RM 3.00+ lah sebuah buku tu. wehuuuu. sekarang ni pening lah pulak bila nak baca semua buku tu. hahaha.

BBW boxsale ni sebenarnya banyak buku-buku yang dah lama. tapi kalau BBW yang biasa tuh, buku dia banyak lah jugak yang baru-baru. And kat sini sebenarnya ramai yang bawak luggage sebab nak angkut buku-buku yang diorang borong. hahaha.

anyway gaisss, boleh tengok blog Aqilah Azmi kalau nak tau tips untuk terjah BIG BAD WOLF. heeeee

chiao

06 June 2015

The Return Of Superman

Salam all,


Omg gais, korang tau tak pasal The return of superman ni? To be simple, it's a korean tv show. Don't freak out, ini bukan korean pop star punya show yeaa !

I'm their biggest fan !

THE SONG TRIPLETS !

people would say this is the #SiblingsGoals


from left : Song Daehan ; Song Minguk ; Song Manse (they're triplets!)








next next next !

LEE TWINS

Embedded image permalink
from left: Lee Seojun ; Lee Seoeon
      

dalam rancangan ni, ada 4 keluarga. tapi aku minat dua family ni je. huhuhuuu. sebenarnya seronok sangat tengok gelagat budak2 kecik ni,


today is my birthday~~ adios people. haha.

jangan lupa join "HIDY & HAZY.CO GIVEAWAY !"