20 May 2014

Tips A+ Additional mathematics

Asalamualaikum Warahmatullah.

Apa pendapat korang pasal ADDMATH ?


ni bukan benda luar biasa.

gambar ni hak milik tuan  sini 

When i was in form 3, i was like. 

"susah sangat ke addmath."  ini zaman tak belajar addmath memang ayat poyo habis.


Then bila aku dah masuk form 4, masa kat sekolah lama. Kelas pertama untuk subjek ADDMATH, aku ingat lagi. cikgu ajar tajuk  " function". I was like, 

" Bapak ah. apa benda yang aku belajar ni ? "


Aku langsung tak faham. zero. kosong. kosong. kosong ~~


Dan aku masih ingat, masa tu classmates aku hampir lima puluh orang . keadaan pun macam tak terkawal dan  Puan Cikgu pun berkata

" saya tak boleh tunjuk datang ajar kat sorang-sorang, sebab kamu ramai sangat. kena usaha sendiri bagi faham "

Ya ampun. aku rasa nak menjerit.


Few weeks later, aku pindah masuk asrama. Suasana pembelajaran much better. satu kelas ada dua puluh tujuh orang so kira aku nak bermanja bertanya kat cikgu pun, senang. tak payah berebut . Mula belajar addmath dari awal . Cikgu ajar satu persatu.

Finalleyh.

Aku berjaya untuk faham. (sebenarnya, function tajuk paling senang. aku lah rasa )

So here, tips untuk korang . (adik-adik nak amik spm je boleh pakai tips ni )


1. Focus dalam kelas. 


cliche kan?  But this is the main tips lah. kalau korang dah tidur pekejadah dalam kelas addmath, mohon kelaut. takkan dapat A+ punya. Tak faham, mohon direct tanya kat cikgu , jangan simpan pendam dendam. sampai sudah kau tak faham.

2. Fahamkan apa yang korang belajar. jangan hafal semata-mata . contoh? faham formula, faham bentuk soalan. 

tengok formula ni. even kau hafal tapi
kalau kau tak tahu unknown dia nak cari kat mana, baik tak payah.
 hafal jugak formula ni nak guna masa bila, untuk cari apa. okay?

3. Banyakkan latihan .

 Ini serious talk bruh . At least, sehari kau buatlah satu latihan addmath. in case nak refresh memory korang tu . manusia mudah lupa. sama je macam aku. Advantage aku kat asrama, setiap pagi ahad, memang apa kelas addmath dengan fasilitator masing-masing. advantage jugak sebab aku ada fasilitator sendiri. See? even hari ahad pun kena kerah buat latihan addmath.


Yang paling penting, buat soalan past years banyak-banyak. sebab bentuk soalan sama je. nombor je banyak tukar .


4. Jangan buat latihan sorang-sorang

Ni optional, kalau korang jenis suka buat sorang-sorang, buat je sorang. tapi advantage untuk this part sebab bila kau tak faham, kau boleh tanya kawan. bila kau bosan, kau boleh bercakap sambil buat addmath (ini serious) . Kalau korang down, ada orang nak kasi semangat kat korang ke apa. (jangan study dgn boipreng/ gelpreng please. sebab takde instilah "Belajar" bersama mereka) Korang jangan la pulak pilih kawan yang takde semangat nak belajar, nanti hancus.



5. Pastikan setiap soalan yang kau jawab, ada answer sheet .

 Ini serious. To be extra honest, ada je berlambak soalan addmath yang aku dapat, tapi tak diberi jawapan. Semua aku longgok, tak buat pun. Sebab apa? cuba bayangkan, kau buat soalan addmath jawapan kemain panjang, tapi kau tak tahu jawapan kau betul ke tak. sama je macam kau tak payah buat. Setiap soalan addmath yang kau buat, kau kena check jawapan dan jalan kerja. jangan buat kerja sia-sia.

6. Score atau master dalam certain topic.


Graph untuk addmath memang rendah. agak-agak markah kau 50 camtu, dah boleh dapat A- . 65, dah boleh dapat A+ . ini aku tak tipu. So, Kalau kau dah teror 50%  chapter untuk SPM, dah boleh dapat A . but please, maksud aku master, dapat full mark untuk chapter tersebut.





That's it. Tu antara tips yang aku boleh share kat korang. Apa-apa pun, usaha tangga kejayaan. All the best XD




p/s: gotta cook Nasi Lemak for tomorrow . And I am so addicted to " Iced Tea"


12 comments:

  1. wahhhh. dulu hazy dapat A+ eh addmath? wahh wahh hehe :D

    ReplyDelete
  2. senang cite add math skali kau memain mmg lingkup terus haha

    ReplyDelete
  3. yaa . tajuk function more easy than others . bilaa tajuk yg dah belakang2 tu mulaa laa otak akak blur . haha . muntah formula je addmath ni . hehehe . tp bila dpt jawapan utk soalan addmath ni memg best ! sb bersusah payah perah otak akhrnya dpt jwpn . hehe

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah SPM addmath aku lulus huhu

    ReplyDelete
  5. Add math+ Fizik = mati kentang,hahaha. Memang killer!!!!
    Nasib baik la skor masa SPM hari tu,hahaha XD

    ReplyDelete
  6. Baguslah Haziqah buat tips ni. Dulu, memang tak berapa nak masuk dengan add math ni sebab rasa susah. Tapi, bila masuk u, belajar balik benda yang lebih kurang macam add math ni, baru rasa senang juga add math ni sebenarnya

    ReplyDelete
  7. Wahhhh, thanks sangat. esok exam add math huwaaaaa >.<

    ReplyDelete
  8. addmath susah harem nya. hahaha nasib baik lulus spm

    ReplyDelete
  9. hahah betul graph dia sangat rendah.. hazy hebat arh dpt A+..cha ni gigih pun dpt B ja. sobsob. xsuka amath -.-

    ReplyDelete
  10. perghh hzay... blaja addmath ni tak leh blaja sengsorang.. akak dlu setiap hari ahad mesti g umah kawan cina akak nak blaja addmath ngn dia.. alhamdulillah.. result yg tak dijangka... heeh. rahsia~~

    ReplyDelete
  11. Miza masa spm dapat c+. Seriously, bila dah dekat spm baru otak ni berkembang untuk faham. Tapi banyak2 tajuk miza paling suka probability distribution. Tk apa la. course yang miza dapat pun ada banyak calculus yang memerlukan addmath. InsyaAllah miza gunakan ilmu yang hazy kongsikan. Mudah-mudahan selama mana orang amalkan, insyaAllah moga pahala yang berterusan buat hazy ^_^

    Hazy... miza minta share entry hazy ni kat blog miza boleh ? nanti miza letak credit to hazy.

    ReplyDelete
  12. addmath. hahhaaha.. dah malas dah nak belajar mende ni sebab serik. heehe.. masa mintak tunjuk ajar kawan, tak nak ajar pun. =.= ajar pun, cincai je. alohss

    ReplyDelete

hello.