30 May 2014

Adakah anda peminat buku FIXI ?

Asalamualaikum warahmatullah,

adakah anda peminat buku FIXI ? or korang tak tahu apakah itu buku FIXI ?

muehehe.

actually, aku baru berjinak-jinak dengan buku keluaran FIXI ni masa tahun lepas. My junior, Zira yang kasi pinjam. Aku kan jenis SUKA MEMBACA (ini bukan poyo) . And guess what? buku dia sangat extreme dan awesome/ #sayapromote #tapisayatakjual #haha

buku pertama yang aku baca, tajuk dia KELABU .



Nak pendekkan cerita, aku ingat kan watak dia yang bernama ' Amir ' tu lelaki. tapi bila dah baca sampai tengah, baru aku tahu yang dia sebenarnya " Amirah " . Perempuan bruh?

Lately, aku baca buku KACAU .




amaran : buku ini menyeramkan . sampai aku tidur bilik parents sebab aku ni penakut . kehkeh.



I went to pesta buku antarabangsa, masa tu ada offer, 3 buah: RM 50 . kira sebijik RM 16 lebih la kan.


So sekarang ni, kalau korang nak murah, boleh tengok kat twitter ni









boleh tengok dan tanya kat situ. satu buku, RM 20 include postage. kalau beli 3, baru dia kurangkan lagi harga .

So yeah, Happy reading !

p/s : aku tak pernah beli pun kat situ. tapi okaylah kot . hehee


29 May 2014

I LEARN PART 1

Asalamualaikum Warahmatullah,

SAMURA thought me lots of things .

Some of us might think " Tak nak lah duduk asrama . nanti tak bebas. kena kongkong. senior kejam. kena ragging. macam penjara. belajar laju sangat "

That was I, before masuk asrama.

To be honest, tujuan asal aku masuk SAMURA ( my school's name) ialah untuk lari dari cikgu sekolah lama. hrmmm.. why? sebab kat sekolah lama, kelas aku macam asyik kena bash je kot? Haha.

The rest is HISTORY .



Then, masa orientasi . Suddenly aku rasa macam aku masuk sekolah agama? But indeed, it's a good thing tho.


Why?

Sebab Akak-akak senior pakai handsocks. Tudung tak ramai yang pendek. Every each majlis/ perjumpaan, akan dimulakan dengan bacaan Al Fatihah, ditutup dengan Tasbih Kafarah dengan Suratul Asr. Setiap malam jumaat, semua lepak surau maghrib dengan isyak jemaah plus kekadang ada ceramah. Jumaat ada Tilawah Al Quran . Setiap malam sebelum tidur baca surah Al Mulk.

Mungkin benda ni biasa bagi korang. Tapi bukan aku .


It's a good place, to change into a better person.

Buka minda .

First, aku nak kata, memang niat awal aku tu salah. bruh, so aku tukar niat. muehehe.

"To be a better person. "


First week. Kau sambung belajar kat mana-mana pun, mesti kena ada orientasi . So yeah,

 "Go With The Flow "


__________________________________________________________________


 HOMESICK ?

It's a lie kalau korang tak pernah homesick. even boys pun kena penyakit ni. Penyakit rindukan rumah, family, etc benda-benda yang kau tak dapat kat asrama.

This homesick thing thought me about love. eh . please jangan salah anggap. ni bukan love boys-girls , but this is love between family members. Here, I learned, how I really love my parents, my sibling .

Contoh?

To be honest, again. Dulu korang pernah pergi kem kat sekolah? dalam banyak-banyak aktiviti, mesti ada satu slot NANGIS ( i call it slot nangis-nangis) .  Slot yang tayang video belah-perut-mak-untukkeluarkanbaby  .Pasang lagu-lagu sedih end up semua orang nangis.

AKU TAK PERNAH NANGIS .

Sebab ? Aku tak pernah pun duduk jauh. tak pernah rasa macam keseorangan-takde-orang-nak-dirindu . And at that time, aku tak sedar sangat pengorbanan parents aku selama ni.

memang.

jahil kan?

BUT I CHANGED . I LEARNED . PARENTS ARE PEOPLE THAT YOU CAN NEVER REPLACE WITH OTHER PEOPLE.

Ever since i entered SAMURA, I used to hug and kiss my parents. sebab sebelum ni kalau nak jujur lagi, memang jarang pun.

__________________________________________________________________

To Be Continued ~~~

p/s: erm. maaf entry kemain panjang. haha.

sorry for the late 'blogwalk' to your blog. currently busy preparing for UiTM thingy  . But I'm sure to visit you back . xoxo


Mohon ditekan . muehehe


5. Brothers sharing girlfriends? Awkward. 

24 May 2014

Terobek zaman muda

Asalamualaikum Warahmatullah,

korang ingat lagi tak zaman kekanak dulu?



Was it fun.

Or was it terrible?


Semalam, tiba-tiba whatsapp kelas aku riuh rendah cerita zaman kekecik dulu. Ada apa zaman tu? Tab?  Phone? i phone? muehehehe.


It all started with cerita Rahimi pasal Cerita Rosalinda Ayamor.

Ajot (aku) : aku tengok runningman

Rahimi : Baik layan rosalinda ayamor.

Ajot (aku) : dulu aku tengok rosalinda ayamor. pastu kalau iklan, mesti ada iklan produk syahirah. iklan spary minyak wangi.

Acap : ni bukan tengok ni. hafal tros


Then bermula lah cerita zaman kecik-kecik dulu.

Rahimi : Dulu, aku takut iklan energizer .


muehehhe. pekejadah ntah iklan bateri pun takut.

Syazwin : Aku rindu nak main belon yang mcm gam ue. lepastu letupkan kat dahi.

Rahimi : aq bet ah dulu korang suka beli ding dang, tora dengan jojo.



Lepas tu keluar pulak cerita pasal Mak Lampir. Dulu, asal aku balik kampung je, mesti pasang CD cerita Mak Lampir. Cerita seram katanyaaa. Aku agak, warna kegemaran Mak Lampir ni Hijau kot. kenderaan dia, penyapu terbang. pastu suka main dengan asap. muehehe.

ini lah mak lampir. kan aku dah kata Hijau warna peberet dia.



Tom Jerry, Keluangman, Powerpuffgirl, semua keluar .

Opkoc, kteorang semua main gasing, batu seremban, galah panjang, tangkap ikan kat parit, polis sentri,  layang-layang, guli masa kekecik dulu .

Benda yang aku rasa kelakar gila bila ingat balik, pasal main rebut tiang. Asal waktu rehat je, semua rebut tiang. rela tak makan demi main tiang.

Masuk pulak bab aiskrim.

aiskrim Malaysia. peh.
guwa suka asam boi
aiskrim pensel (nama rahim kasi )
 












Budak-budak sekarang, asal jumpa aku je, mintak aiskrim cornetto Taylor Swift, tak pun, Magnum , kaya bak hang.

zaman kecik-kecik korang cemana pulak?








P/S : korang dah prepare kah?muehehe

20 May 2014

Tips A+ Additional mathematics

Asalamualaikum Warahmatullah.

Apa pendapat korang pasal ADDMATH ?


ni bukan benda luar biasa.

gambar ni hak milik tuan  sini 

When i was in form 3, i was like. 

"susah sangat ke addmath."  ini zaman tak belajar addmath memang ayat poyo habis.


Then bila aku dah masuk form 4, masa kat sekolah lama. Kelas pertama untuk subjek ADDMATH, aku ingat lagi. cikgu ajar tajuk  " function". I was like, 

" Bapak ah. apa benda yang aku belajar ni ? "


Aku langsung tak faham. zero. kosong. kosong. kosong ~~


Dan aku masih ingat, masa tu classmates aku hampir lima puluh orang . keadaan pun macam tak terkawal dan  Puan Cikgu pun berkata

" saya tak boleh tunjuk datang ajar kat sorang-sorang, sebab kamu ramai sangat. kena usaha sendiri bagi faham "

Ya ampun. aku rasa nak menjerit.


Few weeks later, aku pindah masuk asrama. Suasana pembelajaran much better. satu kelas ada dua puluh tujuh orang so kira aku nak bermanja bertanya kat cikgu pun, senang. tak payah berebut . Mula belajar addmath dari awal . Cikgu ajar satu persatu.

Finalleyh.

Aku berjaya untuk faham. (sebenarnya, function tajuk paling senang. aku lah rasa )

So here, tips untuk korang . (adik-adik nak amik spm je boleh pakai tips ni )


1. Focus dalam kelas. 


cliche kan?  But this is the main tips lah. kalau korang dah tidur pekejadah dalam kelas addmath, mohon kelaut. takkan dapat A+ punya. Tak faham, mohon direct tanya kat cikgu , jangan simpan pendam dendam. sampai sudah kau tak faham.

2. Fahamkan apa yang korang belajar. jangan hafal semata-mata . contoh? faham formula, faham bentuk soalan. 

tengok formula ni. even kau hafal tapi
kalau kau tak tahu unknown dia nak cari kat mana, baik tak payah.
 hafal jugak formula ni nak guna masa bila, untuk cari apa. okay?

3. Banyakkan latihan .

 Ini serious talk bruh . At least, sehari kau buatlah satu latihan addmath. in case nak refresh memory korang tu . manusia mudah lupa. sama je macam aku. Advantage aku kat asrama, setiap pagi ahad, memang apa kelas addmath dengan fasilitator masing-masing. advantage jugak sebab aku ada fasilitator sendiri. See? even hari ahad pun kena kerah buat latihan addmath.


Yang paling penting, buat soalan past years banyak-banyak. sebab bentuk soalan sama je. nombor je banyak tukar .


4. Jangan buat latihan sorang-sorang

Ni optional, kalau korang jenis suka buat sorang-sorang, buat je sorang. tapi advantage untuk this part sebab bila kau tak faham, kau boleh tanya kawan. bila kau bosan, kau boleh bercakap sambil buat addmath (ini serious) . Kalau korang down, ada orang nak kasi semangat kat korang ke apa. (jangan study dgn boipreng/ gelpreng please. sebab takde instilah "Belajar" bersama mereka) Korang jangan la pulak pilih kawan yang takde semangat nak belajar, nanti hancus.



5. Pastikan setiap soalan yang kau jawab, ada answer sheet .

 Ini serious. To be extra honest, ada je berlambak soalan addmath yang aku dapat, tapi tak diberi jawapan. Semua aku longgok, tak buat pun. Sebab apa? cuba bayangkan, kau buat soalan addmath jawapan kemain panjang, tapi kau tak tahu jawapan kau betul ke tak. sama je macam kau tak payah buat. Setiap soalan addmath yang kau buat, kau kena check jawapan dan jalan kerja. jangan buat kerja sia-sia.

6. Score atau master dalam certain topic.


Graph untuk addmath memang rendah. agak-agak markah kau 50 camtu, dah boleh dapat A- . 65, dah boleh dapat A+ . ini aku tak tipu. So, Kalau kau dah teror 50%  chapter untuk SPM, dah boleh dapat A . but please, maksud aku master, dapat full mark untuk chapter tersebut.





That's it. Tu antara tips yang aku boleh share kat korang. Apa-apa pun, usaha tangga kejayaan. All the best XD




p/s: gotta cook Nasi Lemak for tomorrow . And I am so addicted to " Iced Tea"


17 May 2014

What do you think about wearing glasses ?

Asalamualaikum Warahmatullah,

Hi people !
What do you guys think about glasses/ spectacles / cermin mata (spesis sama)?

A : aku teringin sangat nak pakai cermin mata. Nampak stylo gila kot !

B : Aku menyampah dengan cermin mata ! Nampak buruk bila aku pakai .


and SAY WHAT ???

Aku tergolong dalam spesis orang B . I do wear glasses and it totally sucks. Kenapa? Sebab aku rasa huduh kemain bila pakai spec ni. Especially bila kau nak pakai shawl ~~~ somehow muka kau nampak macam kotak? hahaha.

and that's not the only reason. 

I used to play basketball. and I used to put off my glasses jauh-jauh sebab bila kau bersukan, berpeluh , etc. cermin mata kau kekadang akan keluar wap. then kau nak kena lap bagai ~~ Tak masuk lagi kalau bola tu kena muka kau then glasses kau patah .


Oh jap. Orang yang bercermin mata ni ada jenis yang tak gheti nak jaga. macam adik-adik aku. dalam setahun, ada lah tiga biji cermin mata dorang patahkan ~.~''
i wonder if they ate those glasses.




Masalah orang rabun macam aku pulak , I can't live without glasses . 

Sebab?

I really can't study without my glasses. mana kau nak nampak whiteboard ke apa kat kelas semua. tercongok je aku bila tak pakai spec. end up tidur je dalam kelas. 


Nak dijadikan cerita, aku selalu kena cop 'sombong' kat sekolah sebab aku tak balas senyuman orang.
 SAY WHAT? to be honest, kalau terserempak aku kat mana-mana ceruk, and aku tak pakai glasses. tak payahlah susah-susah nak senyum kat aku sebab aku 90% takkan nampak senyuman korang.

But yeah, sometimes ada orang nampak handsome, cantik, smart gilos kalau pakai glasses .
contoh?

daniel henney 


bi rain

lee dong wook. haaa. back off, ni boipreng aku



See?

Betul kan? haha.




So here, aku nak nasihatkan korang semua to take care of your eyes. dah rabun nanti susah . macam aku. haha

Jangan suka-suka je beli glasses yang murah kat mana-mana sebab cermin dia akan buat mata korang jadi rosak .

Tapi agak-agak teringin sangat nak pakai glasses, pakai jenis yang takde cermin. pakai bingkai dia je. sebab dulu aku pernah nampak orang pakai camtu.

muehehe






p/s : this post credited to yieyieyie. mohon jangan bangga nama kau ada kat blog aku. haha

16 May 2014

Tutorial : Button Follow Twitter dalam blog

Asalamualaikum warahmatullah,




Nampak tak button atas ni?

1. log in twitter korang semua.

2. Tekan  SINI.

3. Click seperti dalam gambar bawah ni.

click untuk lebih besar

4. Copy ayat pada nombor 3 yang telah di highlight .

5. Paste pada entry . save !


p/s: Selamat Mencuba!

15 May 2014

Tutorial : Status twitter (tweet) dalam entry

Asalamualaikum warahmatullah,




nampak tak tweet kat atas ni?

macam mana korang nak buat? meh aku tunjukkan. Senang je sebenarnya.

sila rujuk gambar XD

1. Log into your twitter account .


2. Pergi pada tweet yang nak dimasukkan dalam entry. tekan More



3. Tekan Embed Tweet.


4. Kemudian copy ayat yang telah di highlight ,



5. Paste ayat tersebut di entry anda. pastikan paste di ruangan HTML .




6.  save .



Selamat mencuba !