17 February 2014

Jom buat Aiskrim OREO !

Asalamualaikum,

Aiskrim Oreo.

Sudah tentu dan pasti ramai penggemar aiskrim kan?

And I am totally one of them.

Biasa kalau nak makan aiskrim, aku lepak

Baskin Robin

tak pun, aku lepak 

Ais-Cream New Zealand. 
Biasanya, aku pilih flavour of the day je, sebab murah. Maklumlah, penganggur berjaya, mana nak ada duit pun. Muehehehe.

Nak dipendekkan cerita, harga aiskrim2 tersebut sangatlah mencekik darah bagi orang yang tak berkemampuan macam aku ni.

So, Sedang aku kebosanan scrolling down facebook, aku ternampak resepi AisKrim Oreo .

macam best. macam sedap.

Sooooo. jom la buat homemade ice cream =D

Bahan-bahan:

1 1/2 cawan susu dutch lady
1/2 cawan susu pekat
Beberapa keping biskut oreo
1 sudu besar ovelette ( ni kalau korang tak taw, tanya je la orang yang kerja kat kedai )
1 sudu kecil esen vanila

biskut oreo



susu dutch lady

ovellete 
vanilla essence
susu pekat


Cara-cara:


- Satukan susu dutch lady, susu pekat, ovelette dan esen vanila ke dalam satu bekas, putar adunan tersebut menggunakan mixer.
- Putar adunan tersebut selama 20 minit.
- Blend beberapa keping biskut oreo sehingga hancur.
- Masukkan biskut oreo y telah dihancurkan ke dalam bekas adunan.
- Kacau adunan sehingga rata.
- Keraskan adunan tersebut di dalam peti ais semalaman.

And hasilnya, Tadaaaa

nampak mengancam kan?

so, lets eat =D

I Miss You


Adios



p/s : my granny is still in ICU . sedekahkan Alfatihah untuk nenek aku. semua dia cepat sembuh.

3 comments:

  1. Nak try buat eshkrem tuh ! macam sedap jaa ! oh , semoga nenek hampa cepat sembuh :D

    ReplyDelete
  2. wah nicelah.. tapi tgh diet :(

    http://sihatrampingtk.blogspot.com/2014/02/nasi.html

    ReplyDelete
  3. aku teringin makan aiskrim haagen daaz macam mahal je
    semoga nenek sembuh :)

    ReplyDelete

hello.