17 February 2014

Jom buat Aiskrim OREO !

Asalamualaikum,

Aiskrim Oreo.

Sudah tentu dan pasti ramai penggemar aiskrim kan?

And I am totally one of them.

Biasa kalau nak makan aiskrim, aku lepak

Baskin Robin

tak pun, aku lepak 

Ais-Cream New Zealand. 
Biasanya, aku pilih flavour of the day je, sebab murah. Maklumlah, penganggur berjaya, mana nak ada duit pun. Muehehehe.

Nak dipendekkan cerita, harga aiskrim2 tersebut sangatlah mencekik darah bagi orang yang tak berkemampuan macam aku ni.

So, Sedang aku kebosanan scrolling down facebook, aku ternampak resepi AisKrim Oreo .

macam best. macam sedap.

Sooooo. jom la buat homemade ice cream =D

Bahan-bahan:

1 1/2 cawan susu dutch lady
1/2 cawan susu pekat
Beberapa keping biskut oreo
1 sudu besar ovelette ( ni kalau korang tak taw, tanya je la orang yang kerja kat kedai )
1 sudu kecil esen vanila

biskut oreo



susu dutch lady

ovellete 
vanilla essence
susu pekat


Cara-cara:


- Satukan susu dutch lady, susu pekat, ovelette dan esen vanila ke dalam satu bekas, putar adunan tersebut menggunakan mixer.
- Putar adunan tersebut selama 20 minit.
- Blend beberapa keping biskut oreo sehingga hancur.
- Masukkan biskut oreo y telah dihancurkan ke dalam bekas adunan.
- Kacau adunan sehingga rata.
- Keraskan adunan tersebut di dalam peti ais semalaman.

And hasilnya, Tadaaaa

nampak mengancam kan?

so, lets eat =D

I Miss You


Adios



p/s : my granny is still in ICU . sedekahkan Alfatihah untuk nenek aku. semua dia cepat sembuh.

09 February 2014

Seorang ibu mampu menjaga lapan orang anak, tapi lapan orang anak tak mampu nak jaga seorang ibu



Asalamualaikum.

So yeah.

Seorang ibu mampu menjaga lapan orang anak, tapi lapan orang anak tak mampu nak jaga seorang ibu.

This is reality and it happens.

semalam aku pergi klinik, and the doctor said

"sekarang ni ibu melahirkan tuan. petanda akhir zaman"

faham tak maksudnya apa? maksudnya, para ibu melahirkan anak2 yang berlagak macam bos.

Kalau korang tengok kat surat khabar tu, bersepah pasal cerita ibu-ibu yang tinggal seorang dan tak terurus. padahal anak-anak dorang semua kereta besar hidup mewah.



Mungkin mereka terlupa .

""

Mungkin mereka lupa

"sembilan bulan ibu mereka sabar membawa mereka di dalam perut ke hulu ke hilir. "


Mungkin mereka lupa

"betapa sakitnya ibu mereka melahirkan mereka"


dan mungkin banyak lagi yang mereka terlupa.


Aku bukanlah seorang yang perfect habis sampai nak kuliahkan orang bagai. tapi aku nasihatkan diri aku jugak. dan untuk peringatan bersama.

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia”. (Q.S Al Israa’, 17:23)

so here is a video.

just for you. children out there, and myself.


Tak salah kalau kita rendahkan ego dan ucapkan" I LOVE YOU IBU" . sementara masih belum terlambat.

credit to: Zikri Azman 
 "ohh hahah rilek jek"
"mak kita lagi sabar tu"
" Dh mengandungkan kita 9 bulan"
"sabar je dia"